23 February 2012

Mengapa pusat tak salur hak projek pembangunan negeri ke P.Pinang?


LANGKAH pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalurkan semua projek pembanguan Pulau Pinang kepada Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan (PPNP) adalah bercanggah dengan konsep demokrasi persekutuan-negeri, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyalurkan semua projek pembangunan negeri melalui Pejabat Daerah negeri demi kepentingan rakyat.
“Bukan sahaja PR (Pakatan Rakyat) telah menangi majority dua per tiga dengan 29 daripada 40 buah kerusi negeri. Malah, (PR) juga menang 11 daripada 13 buah kerusi Parlimen di Pulau Pinang.
“Jelas sekali wang sumbangan oleh Pulau Pinang dalam bentuk cukai pendapatan dan kastan tidak diberikan balik kepada rakyat Pulau Pinang
.
“Sebaliknya, semua wang sumbangan dikuasai penuh oleh BN sungguhpun (kerajaan negeri era BN) telahpun ditolak peringkat negeri dan Parlimen oleh rakyat Pulau Pinang,” ujar beliau.
Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri berhak mendapat projek pembangunan negeri secara adil memandangkan cukai yang dikutip dari rakyat di negeri berkenaan diserahkan kepada kerajaan pusat saban tahun.
Dilaporkan, kerajaan pusat menyalurkan RM231.08 juta kepada PPNP yang dikuasai oleh BN pada tahun 2008.
Dari tahun 2001 hingga 2008, kerajaan pusat menyerahkan RM794 juta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga diteraju oleh BN.
“Jelas BN tidak menghormati keputusan demokrasi rakyat Pulau Pinang dan menjalankan diskriminasi kewangan sedemikian,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Dari Mac 2008 sehingga 15 November 2011, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan 2822 projek bernilai RM231.08 juta.
Justeru, beliau melahirkan rasa kecewa dengan layanan pentadbiran Najib ke atas seluruh rakyat di negeri berkenaan.
Jenis dan jumlah projek mengikut tahun adalah seperti berikut:

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus