05 August 2015

Industri semikonduktor masih kukuh walaupun Fairchild tutup kilang - KM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Penutupan operasi dan penjualan kilang Fairchild Semiconductor International Inc. di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) dekat Bayan Lepas baru-baru ini bukanlah mencerminkan industri semikonduktor di negeri ini lemah.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, langkah Fairchild itu hanya langkah penyusunan semula operasinya di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini.

"Ini lebih kepada isu tertentu syarikat dan tidak mencerminkan industri semikonduktor di Pulau Pinang sebagai pertumbuhan masih sangat kukuh," kata Guan Eng kepada wartawan.

Lagipun katanya lagi, permintaan jual beli tanah seluas kira-kira 20 ekar yang tinggi daripada Fairchild sekaligus menyerlahkan bahawa minat pelabur ke negeri ini juga sebenarnya tinggi.

Menurut satu sumber berita, terdapat dua syarikat multinasional dari Jerman dan Amerika Syarikat masing-masing menyatakan minat pada tanah berkenaan.

Laporan StarBiz dipetik memberitahu, salah satu syarikat multinasional berkenaan terlibat dalam pembuatan peranti perubatan.

Tanah bernilai komersial berkenaan kini dianggarkan bernilai antara RM200 hingga RM300 bagi setiap kaki persegi.

"Mereka perlu datang kepada kerajaan negeri kerana kita (Kerajaan Negeri) hanya mahu memastikan bahawa ia adalah satu industri yang kritikal dan berteknologi tinggi, berintensifkan modal dan berasaskan pengetahuan serta juga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng memberitahu bahawa Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan Fairchild untuk membantu kira-kira 500 pekerjanya yang akan diberhentikan pada penghujung tahun ini mendapatkan pekerjaan baru.

Terdahulu, Syarikat San Jose yang berpengkalan di California, Amerika Syarikat pada bulan Ogos lepas mengumumkan penutupan operasi di Jordan Barat, Utah, Pulau Pinang, dan Bucheon dekat Korea Selatan pada tahun terakhir.

Dilaporkan, penyusunan semula syarikat multinational itu dijadualkan berkuat kuasa antara suku kedua dan keempat tahun ini.

Langkah penyusunan semula operasi Fairchild di peringkat antarabangsa dijangka memberi kesan kepada kira-kira 15 peratus daripada guna tenaga global syarikat multinational berkenaan, yang dianggarkan seramai 9,000 pekerja.

Fairchild membuka kilangnya di Pulau Pinang pada tahun 1972.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus