05 August 2015

Kaji polisi bayar jika hasil sisa makanan - Boon Poh

PHEE Boon Poh (enam dari kiri), Cheong Wai Chee (tujuh dari kiri) dan Maimunah Mohd. Sharif (lapan dari kiri) menunjukkan beberapa suatu poster pameran di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Langkah penguatkuasaan seperti pelanggan dikenakan bayaran bagi sisa makanan yang dihasilkan perlu dikaji untuk dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada masa depan.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, rakyat di negara ini dikatakan melakukan pembaziran makanan kira-kira 8,000 tan setiap hari, disebabkan tidak mengamalkan panduan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

"Pembaziran yang dilakukan itu berupaya menampung sebanyak 5.3 juta orang untuk makan bagi tempoh tiga hari.

"Langkah penguatkuasaan seperti bayar apa sisa makanan yang dihasilkan perlu difikirkan.

"Ini kerana, pembaziran itu boleh diatasi jika semua pihak sentiasa mengutamakan panduan pemakanan yang sihat," ujar Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Puyu di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, penganjuran pertandingan melukis poster bertemakan "Makan Sampai Habis" peringkat sekolah rendah dan menengah adalah salah satu pendekatan pendidikan yang dilakukan demi mengubah tabiat generasi masa depan.

"Sebanyak 90 poster sekolah rendah dan 38 poster sekolah menengah telah diterima untuk pengundian dibuat melalui laman web www.pgcaring society.com.my.

"Selain itu, bagi menjayakan kempen makan sampai habis, sebanyak 15 pameran telah diadakan dari 1 April 2015 hingga 30 Mei 2015," jelas beliau.

Beliau turut membahaskan mengenai tema sambutan hari alam sekitar sedunia bagi tahun 2015 'Seven Billion Dreams, One Planet, Consume With Care' dan ‘Think, Eat dan Save' yang dijadikan tema bagi tahun 2013.

"Tema-tema ini adalah selari dengan program 4R MPSP iaitu ‘Rethink, Reduce, Reuse dan Recycle’," jelas Maimunah.

Setiausaha Majlis bagi MPSP, Sr. Rozali Mohamud, Cheong Wai Chee (Pengerusi Happy Move) serta beberapa Ahli Maljis MPSP, Mohd Sharmizan Mohamad Nor, Siti Nur Shazreen Mohd Jilani, Zaini Awang, Mustafa Kamal Ahmad dan Tan Cheong Heng turut menyertai bengkel tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus