22 August 2014

Guan Eng rayu Pusat nasihat Perak jual air mentahnya atas semangat Malaysia

Guan Eng merakamkan ucapan takziah dalam telekasi langsung Istiadat Majlis Bendera Jalur Gemilang Separuh Tiang Menyambut Kepulangan 20 Jenazah Mangsa Nahas MH17 Ke Tanah Air, yang dilangsungkan di perkarangan Komtar dekat George Town, pada tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata isu Kerajaan Pulau Pinang menuntut pembelian air mentah dari Sungai Perak sepatutnya disetujui oleh Kerajaan Pusat serta Kerajaan Perak atas semangat Malaysia.

"Saya difahamkan, permohonan kita ditolak dan mereka (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Perak) hanya bersetuju untuk menjual air terawat sahaja.

"Saya tidak faham mengapa Kerajaan Malaysia boleh membenarkan (Kerajaan) Johor menjual air mentah kepada (negara) Singapura dan dijual balik air terawat, tetapi, sesama negeri-negeri sendiri secara keras nak jual air terawat sahaja.

"Kita tak minta secara percuma, maka jual lah air mentah kepada Pulau Pinang atas semangat keMalaysiaan," ujar Guan Eng kepada wartawan di pejabatnya, selepas selesai telekasi langsung Istiadat Majlis Bendera Jalur Gemilang Separuh Tiang Menyambut Kepulangan 20 Jenazah Mangsa Nahas MH17 dekat lobi Komtar di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Lim Siew Khim (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang) dan Cheah Kah Peng (ADUN Kebun Bungah) turut menyertai sidang media tersebut.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Pusat sebelum ini pernah secara pentadbiran campurtangan isu penjualan air terawat oleh Kerajaan Pahang kepada Kerajaan Selangor, hinggap proses penjualan kembali pada air mentah sahaja.

"Selama ini sesama negeri-negeri hanya dijual air mentah sahaja, jangan menganaktirikan rakyat Pulau Pinang kerana Pulau Pinang pun sebahagian daripada Malaysia," rayu Guan Eng.

Dalam perkara berkaitan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan melahirkan rasa kecewa kerana surat tuntutan berwajib (LIHAT GAMBAR DOKUMEN DI BAWAH) pada tarikh 26 Jun lepas langsung tidak dijawab oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili hingga kini.






ARTIKEL BERKAITAN:
PBAPP perjelas punca tarif air domestik naik 20 peratus
Punca isu air Pulau Pinang
Guan Eng tempelak Menteri 'Caj Air'
Tak patut Perak jual air terawat, Guan Eng tuntut campurtangan Pusat

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus