Skip to main content

Usul fiqh: Dalalah Am...

Apabila lepak di restoran mamak sambil ulangkaji ilmu usul fiqh, teringat lepak-lepak dengan Ustaz Wan Ji At-Ta'addudi sambil diajar ilmu usul fiqh di kedai mamak Sungai Buluh, dulu.  

Jumhur ulamak mengatakan lafaz am berfungsi untuk semua makna yang berkaitan dengannya, kecuali apabila ada dalil yang mengkhususkannya atau mengeluarkannya daripada makna umum.

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ
Maksud:
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu..."

[Surat An-Nisa': 11]

Ayat ini bersifat umum, sekaligus difahami oleh para Sahabat R.A.hum bahawa anak-anak Rasulullah S.A.W juga berhak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh baginda S.A.W.

Namun, Namun Saidina Abu Bakar As-Siddiq memberitahu mengenai suatu sabda Rasulullah S.A.W:

ما تركناه صدقة
Maksud:
"Apa-apa yang ditinggalkannya  (daripada harta itu) adalah menjadi sedekah..." [Hadith Riwayat Al-Bazzar,  sahih]

Maka dalil daripada As-Sunnah ini mengeluarkan hak anak-anak perempuan Rasulullah S.A.W daripada lafaz am ayat 14 daripada Surah An-Nisa' tersebut.

Kesimpulannya, berhukum berdasarkan satu-satu dalil adalah tidak memadai melainkan perlu melihat dalil-dalil berkaitannya.

Metodologi Istiqra' Maknawi yang gigih dipopularkan oleh guru kami, Ustaz Wan Ji Wan Hussin adalah salah satu pendekatan terbaik dalam memberikan justifikasi hukum pada satu-satu isu berbangkit.

Wallahu 'alam.

#Ulangkaji #UsulFiqh