26 November 2013

Putrajaya, syarikat konsesi tidak rugi jika HAPUS tol Jambatan P.Pinang 2018 - Zolkifly

(Dari kiri) Zolkifly Md. Lazim, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia) dan Datuk Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
HAPUS atau Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang berpendapat bahawa Putrajaya mampu menghapuskan tol pada jambatan pertama di negeri berkenaan pada tahun 2018 sebagaimana termaktub dalam perjanjian bersama-sama syarikat konsesi hampir tiga puluh tahun lepas.

Pengerusi HAPUS, Zolkifly Md. Lazim berkata demikian sebagai reaksi pada dalih Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

"Kerajaan Pusat tidak akan rugi kerana perjanjian konsesi yang dipersetujui patut tamat pada tahun 2018, bukan dilanjutkan hingga tahun 2038 serentak dengan tempoh perjanjian dengan syarikat konsesi untuk jambatan kedua Pulau Pinang," ujar Zolkifly awal pagi tadi di Nasi Kandar Beratoq, Butterworth.

Terdahulu, Bernama melaporkan, Putrajaya bakal terdedah kepada pelbagai tuntutan ekoran melanggar perjanjian dengan dengan syarikat-syarikat konsesi tol berwajib.

Fadillah berdalih, pentadbiran Najib bakal berdepan dengan implikasi kewangan yang besar.

Pun begitu, dalihnya lagi, Putrajaya akan mengkaji kadar tol di beberapa lebuh raya bersama-sama syarikat konsesi tol berwajib.

Malah, Fadillah dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 turut berdalih, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) turut bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol dalam tempoh lima tahun ini sahaja.

Menjawab celahan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang mendakwa Putrajaya sengaja mencari alasan untuk mengenakan tol sedangkan beberapa negara lain tidak berbuat demikian, Fadillah berdallih, Kerajaan Pusat menyediakan jalan persekutuan yang baik sebagai alternatif kepada pengguna.

Tambah Fadillah, Putrajaya turut memberi peruntukan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan seliaan kerajaan negeri, termasuk Selangor yang menerima lebih RM498 juta setahun.

"Peruntukan ini diberi mengikut panjang jalan yang diisytiharkan oleh pihak negeri yang disalur terus kepada kerajaan negeri, bukan melalui Jabatan Kerja Raya atau kementerian," dalih Fadillah sebagai menjawab celahan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), sebelum itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus