Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Saman Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ke atas Penasihat NGO Citizens Awareness Chant Group (Chant), Dr. Jimmy Lim Cheok Sim dan pemberita Free Malaysia Today (FMT), Athi Shankar ditangguhkan pada 27 Februari depan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Datuk Nordin Hassan membuat ketetapan itu selepas sepagi pihak pembelaan dan pendakwaan menyoal balas plaintif, Guan Eng.
Guan Eng diwakili oleh Datuk N. Murali.
Manakala, Jimmy Lim diwakili oleh V. Amareson dan Buljit Singh.
Athi Shankar pula diwakili oleh Clement Lopez.
Perbicaraan berkisar pada sebuah artikel berita berjudul, "Guan Eng has failed, says NGO" yang disiarkan menerusi portal berita FMT pada 6 Disember lepas.
Artikel tersebut melaporkan, Jimmy antara lain menyebut, Guan Eng sebagai gagal, manakala pentadbiran Kerajaan Negeri dalam tempoh lima tahun lepas didakwa gagal memulihara bangunan warisan di Pulau Pinang.
Pihak pembelaan pagi tadi pun turut mempersoal isu perobohan sebuah rumah lama di atas tanah adat dan kebudayaan dekat Pulau Tikus, demi membuktikan bahawa pentadbiran Guan Eng tidak memulihara bangunan warisan.
Bagaimanapun, Guan Eng menegaskan bahawa hanya George Town sahaja diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
"Sekurang-kurangnya pastikan dulu daripada saya, bukan dia (FMT) terus mengeluarkan laporan palsu itu," ujar Guan Eng, sebelum sesi perbicaan tersebut ditangguhkan.
No comments:
Post a Comment