Skip to main content

RM5j Umno tipu 31 Melayu Kg.Terang sebab tiada integriti politik bak PR

MANIFESTO PR P.PINANG
Integriti Politik Ke Arah Kerajaan Bersih

Pemangku ketua menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng baru melancarkan Manifesto Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam

Setiausaha Agung DAP itu berjanji akan terus melaksanakan integriti politik dalam tadbir urus Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika Umno Barisan Nasional terus tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita (Pakatan Rakyat) akan melarang ahli keluarga semua wakil rakyat daripada berurusan dengan Kerajaan Negeri," ujar beliau di Hotel Vistana, Bayan Baru.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebelum tahun 2008 hampir bangkrap disebabkan ketirisan serta penyelewengan kewangan berjumlah RM280 juta.

"Tetapi, mempertingkat tadbir urus CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) di semua peringkat Kerajaan telah menyelamatkan MPSP dari bankrap.

"Urus tadbir yang telus ini berjaya mengurang hutang, pengurangan hutang terbesar dalam sejarah Malaysia, daripada RM630 juta pada tahun 2008 kepada RM30 juta sekarang," tegas beliau.

Terdahulu, Guan Eng mempersoal dua pemimpin Umno Pulau Pinang berjaya mengaut keuntungan kira-kira RM5 juta dalam masa tidak sampai empat bulan ekoran menipu jual tanah Kampung Terang dekat Balik Pulau yang membabitkan 31 Melayu.

Menerusi Maison Height Sdn. Bhd., Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang) dan Datuk Omar Faudzar (Ketua Umno Bukit Gelugor).

Selain itu, beliau berkata amalan seperti mengisytihar harta serta meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat serta meminda Perlembagaan Negeri untuk melarang wakil rakyat melompat parti.