ALHAMDULILLAH... Kami sempat bertandang di Surau Kampung Alur Pisang, Kuala Besut menjelang masuk waktu Zuhur.
Surau itu menjadi Rumah Pas Pulau Pinang.
Saya sempat meramahi dua pemimpin Pas Kawasan Bayan Lepas. Mereka, Zailan Zainol dan 'Mat Siam'.
Ketua Pas Cawangan Bayan, Zolkifly Md Lazim dilaporkan sempat meramahi Fauzi Yusoff (Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Pas Kawasan Balik Pulau.
Sementara itu, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula dilihat mematuhi sukarelawan Pas Pulau Pinang memotong daging dan menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.
Menarik juga kesimpulan Dr Mujahid semasa ditanya mengenai memang-kalah PRK itu.
"Populariti Che Long lebih mendahului 'Calon Putrajaya', tetapi, politik wang Umno mungkin boleh mengubah sokongan majoriti pengundi terhadap Pas," respons
AJK Malaysia merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Dr Mujahid mempertikai langkah Kerajaan Umno BN memberi tunai RM200 elaun nelayan di sini yang didakwa mendekati amalan rasuah.
Dr Mujahid mempelawa saya dan enam lain bertandang di rumah Mertuanya sejurus selesai solat Zuhur berjamaah di sini.
Baru saya tahu, orang rumah Dr Mujahid adalah orang Kampung Dengir, Kuala Besut.
Pecah rahsia!
No comments:
Post a Comment