20 March 2014

Zolkifly nafi wakili PAS bertemu AIG M'sia


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Pertemuan dengan barisan peneraju utama insurans Kumpulan AIG Malaysia petang tadi hanya bersifat korporat, bukan membawa hasrat rasmi PAS Pulau Pinang.

Zolkifly Md. Lazim memberi respons tersebut, selepas tersebarnya sekeping gambar eksklusif yang mendakwa Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang itu pada petang tadi baru memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kepentingan ahli PAS negeri tanpa mendapat mandat pemimpin parti masa depan terbabit.

"Memang ada pertemuan tertutup dengan AIG Malaysia-Hong Kong, tetapi, berkaitan 20,000 pelanggan yang pernah menerima khidmat di hospital saya.

"Cuma, saya ditanya mengenai projek RM1 juta (Tabung Amanah) Angsa Bertelur Emas...itu saja," respons Zolkifly yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh, semasa dihubungi lewat petang tadi.

Beliau turut enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan khalayak kononnya projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas yang dilancarkan peringkat negeri pada minggu lepas khabarnya ditentang hebat oleh majoriti AJK PAS Negeri.

Terdahulu, Zolkifly sejak lebih sebulan lepas dikatakan menerima kritikan majoriti pemimpin kanan PAS negeri, gara-gara mencadangkan projek mengayakan manfaat infaq RM1 juta yang dikutip daripada ahli-ahli parti.

Selain didakwa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan PAS, Zolkifly turut digambarkan cuba memanipulasi sekali lagi dana parti untuk kepentingan peribadi.

Petang tadi pula, menerusi satu gambar eksklusif di Restoran Victoria dekat Bandar Sunway di sini, Zolkifly didakwa menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat insurans Kumpulan AIG Malaysia, tanpa restu parti.

Zolkifly, dalam reaksi spontan mengaku bahawa beliau memang mengadakan pertemuan tertutup dengan Timbalan Pengurus Pusat Keuntungan & AVP AIG Hong Kong, Zion Ngai, Wong Ann Young (Penolong Naib Presiden AIG Malaysia Bhd.), Sam Teo Chee Teong (Pengurus AIG Malaysia Pulau Pinang) serta Abd. Hafiz Abd. Majid (agen insurans terbaik AIG Wilayah Semenanjung Malaysia), seperti yang didedah dalam gambar eksklusif tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus