31 December 2014

Segera buka sekretariat di setiap negeri, gesa Setiausaha PasMa


Untuk sebaran umum.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengarahkan penubuhan sekretariat di setiap negeri demi membolehkan pendaftaran lebih ramai sukarelawan menghadapi musim bencana, kata Setiausaha Agungnya Ustaz Taib Ahmad.

TAIB Ahmad
"Kita akan mengerah seramai mungkin (sukarelawan) ke kawasan bencana, di mana sekretariat ini berperanan sebagai pusat daftar sukarelawan dan kumpul sumbangan," ujar Taib menerusi WhatsApp tertutup NGO berkenaan, pagi tadi.

Taib turut menggesa kepemimpinan peringkat negeri melebarkan jaringan kerjasama dengan pasar raya serta NGO berkaitan, selain terus mengukuhkan muafakat bersama PAS, DAP serta PKR atas nama Pakatan Rakyat.

"Perlu luaskan jaringan sebab kita (PasMa) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) walaupun ada ketikanya berperanan macam parti politik untuk mengukuhkan sokongan hampir empat juta penyokong Pakatan semasa PRU13 pada pilihan raya umum akan datang," jelas beliau lagi.

Beliau turut menghebahkan akaun bank Tabung Bantuan Bencana Banjir PasMa seperti poster di atas.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md Lazim sebelum ini berkata pasukan sukarelawannya berhasrat menyertai Konvoi DAP P.Pinang ke Kuala Kerai 1 Jan. 2015.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus