31 December 2014

Lutfi Othman, 'anti-UG' disingkir daripada Harakah?

LUTFI Othman (dua dari kiri) bersama-sama angkatan KAMI menentang amalan membuli media alternatif  pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad manjadi perdana menteri, dulu.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM - Bilik berita Harakah ura-ura sedang mengalami rombakan besar-besaran supaya kelompok pro rancangan kerjasama dengan Umno ala-ala Kerajaan Perpaduan (UG) mampu terus mendominasi hearaki parti pada saingan Muktamar PAS tahun depan, serta tidak lagi gagal menghancurkan tahaluf siyasi Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Lutfi Othman khabarnya dinasihat supaya berehat daripada jawatan Ketua Pengarang  Kumpulan Harakah, sungguhpun keuzuran wartawan veteran berkenaan langsung tidak mendapat ketetapan rasmi daripada Lembaga Perubatan berwajib.

"Bukan dicadangkan, tetapi, telah diputuskan oleh Lembaga Pengarah Harakah (supaya) Lutfi berhenti dan diminta mengambil medical boat (board), kononnya sakit.

"Tetapi, tiada bukti dia (Lutfi) sakit yang membolehkan dia tidak boleh bertugas sebagai ketua Pengarang Kumpulan Harakah," ujar sumber malam tadi.

Sumber sama turut menyebut mengenai penyingkiran beberapa kolumnis Harakah, yang dikatakan mempertahan tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat, demi menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang.

Mereka, antaranya, budayawan "Disman" atau nama sebenarnya Che Samsudin Othman dan kolumnis Haji LanH.

"Turut ditamatkan kolum Dinsman, ekoran tiga artikel Dinsman kritik ulama UG.

"Seorang lagi, diberhentikan editor rencana yang melepaskan tiga artikel Dinsman, Hj LanH berkuatkuasa 1 Januari (2015)," ujar sumber sama.

Terdahulu, Dato' Tarmizi Mat Jam turut diberhentikan sebagai Editor Harakah atas dalih kontrak wartawan berjiwa aktivis itu telahpun tamat.

Jika semua khabar angin yang membabitkan pemimpin pro UG ini mendekati kesahihan, sekaligus dijangka akan terus mencakar imej PAS yang kononnya gigih melaksanakan keadilan hak di 
Malaysia sebagaimana dituntut dalam Islam, di sisi penyokong parti masa depan tersebut.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"...jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)..." [Surah Al-Maidah: 8]

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus