12 February 2013

Guan Eng: Nafi dua pertiga majoriti BN, henti Dr.M zalim

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng merayu rakyat supaya sekali lagi menafikan dua pertiga majoriti Umno BN semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai dalam pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata, dengan berbuat demikian dapat menghalang hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kerajaan Pusat mengugur kerakyatan mana-mana pihak secara politik, termasuk Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga kelak.

"Takkan kerana usaha murni Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) ini, maka, kerakyatan Datuk Ambiga mahu digugurkan.

"Seniman Negara Datuk A.Samad Said pun adalah pengerusi bersama Bersih, tetapi, tidak dilayan seperti Datuk Ambiga.

"Pemimpin Umno sebenarnya tidak pernah berubah dan hormati maruah tiap-tiap rakyat yang hidup di negara ini.

"Ini kali lah...Ubah! Ubah! Ubah! Sekurang-kurangnya nafi dua pertiga (majoriti undi) untuk halang mana-mana rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India dari dizalimi," ujar beliau semalam dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Bagan di Butterworth.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempopularkan kempen 1Malaysia sebenar tidak ikhlas dengan semua rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Malah katanya, Najib tidak mampu mengawal amarah penyokongnya semasa rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat ke Putrajaya kelak.

Justeru, beliau menyeru rakyat supaya bersama-sama Pakatan Rakyat menuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Najib sekarang semasa Umno BN tewas dalam pilihan raya umum nanti. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus