
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata demikian berdasarkan rekod kerajaan negeri yang menyerlah dalam pelaksanaan budaya integriti serta anti rasuah melalui kempen Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

"Tetapi, apa yang membezakan pentadbiran Guan Eng dengan (pentadbiran) Umno, dia (Guan Eng) tak curi atau rahsuah dengan menggunakan wang rakyat, pemimpin Umno (didedah) curi, pecah amanah, boros wang rakyat. Inilah kekuatan Guan Eng (kiri) untuk terus dipilihan rakyat," ujarnya malam tadi dalam satu majlis makan malam di Bayan Lepas.
Integriti di Pulau Pinang telah menarik pelaburan asing langsung (FDI) paling tinggi pada tahun 2010, iaitu sebanyak RM12.2 bilion.
Pencapaian itu telah melonjak imeuj Pulau Pinang di peringkat antarabangsa sehingga diiktiraf oleh majalah global The Economist dan Bloomberg.
Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru dalam memerangi rasuah sejak Mac 2008 turut menerima pengiktirafan badan bebas dunia, Transperency International (TI).

Disebabkan itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menerima cabaran debat terbuka beliau mengenai masa depan ekonomi tanah air.
"Pilihan raya kali ini bukan sekadar tukar kerajaan satu atau dua kerajaan negeri (dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat) semata-mata, pilihan raya kali ini adalah pilihan raya terbaik untuk tukar tukar kerajaan pusat.
"Pilihan raya kali ini bukan sekadar Barisan Nasional bertempur dengan Pakatan Rakyat. Pilihan raya kali ini adalah pertembungan antara idea dan nilai yang menuntut rakyat memilih yang terbaik untuk masa depan mereka dan negara," ujar beliau.
Justeru beliau berkata pilihan raya umum kali ini mendorong rakyat menuntut sebuah kerajaan pusat baru yang lebih bermaruah, berintegriti serta menguntungkan rakyat terbanyak.

Jamuan malam itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Haji Othman, Datuk Abdul Halim Hussain (Speaker DUN Pulau Pinang), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri), S. Raveentheran (ADUN Batu Uban), Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak), Ng Wai Aik (ADUN Komtar) dan Datuk Chua Jui Meng (bekas Menteri Kesihatan merangkap Naib Presiden PKR).
Kira-kira 1,000 pemimpin parti, wakil NGO serta ahli korporat hadir dalam jamuan makan malam tersebut. -END
IKLAN
No comments:
Post a Comment