Selain berjaya mengekalkan Kelantan sebagai 'kerajaan rakyat', Pakatan Rakyat menerima mandat secara demokratik dan menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.
Cuma Perak di bawah kepemimpinan Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin sahaja yang gagal rakyat pertahankan gara-gara kudeta oleh Umno di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semoga revolusi perasaan rakyat menolak Umno sama ada melalui pilihan raya umum ke-13 atau mungkin jalan raya kelak lebih kuat momentumnya berbanding Thunami Politik yang berlaku pada 8 Mac 2008 lepas.
Terlanjur berceloteh dalam entri kali ini, Nota Kecil dengan rasa penuh demokratik merakamkan penghargaan kepada pemberi sumbangan dana bagi membangunkan semula sesawang PenangInsight.com.
Nota Kecil tidak tahu siapakah penyumbang tersebut tetapi Nota Kecil berasa sumbangan itu mungkin lebih dari yang dihajatkan.
Akaun bank yang tertera pada bahagian atas di blog Nota Kecil, http://faqar.blogspot.com sebenarnya adalah akaun peribadi Nota Kecil.
Jadi, sukar untuk Nota Kecil mengenal pasti jumlah sebenar yang diterima dari dermawan.
Justeru, Nota Kecil merayu kepada para dermawan berkenaan supaya menghubungi Nota Kecil melalui 0194241583 atau faqary@gmail.com atau DM @zainulfaqar untuk memaklumkan jumlah sumbangan yang disalurkan sementara proses membuka akaun khas untuk urusan kewangan PenangInsight.com.
Nota Kecil faham, kadang-kadang penderma ini warak dan tidak mahu dikenali.
Tetapi, Nota Kecil merayu sekali lagi kepada penderma berkenaan supaya menghubungi Nota Kecil dan maklumkan jumla derma yang disalurkan.
Dalam mesyuarat redaksi PenangInsight.com malam tadi, Nota Kecil telahpun menyerah peruntukan kepada sukarelawan PenangInsight.com untuk membeli dan menambah 'bandwidth' PenangInsight.com.
Proses tambah 'bandwidth' insya-Allah siap hari ini. InsyaAllah 'bandwidth' PenangInsight.com ditambah ke 10 Gigabit berbanding sebelum ini yang hanya 1 Gigabit demi kelangsungan sesawang rakyat sebulan dua ini.
Untuk menghadapi lambakan visitor pada musim pilihan raya umum yang dijangka Mei ini, redaksi akan cuba memberi 'unlimited bandwidth' yang dihitung kira-kira RM350 sebulan.
Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan redaksi dengan sumbangan berterusan para dermawan untuk membeli 'unlimited bandwidth'.
Baki dari sumbangan berkenaan, Nota Kecil telah memberi kepada juruteknik PenangInsight.com saguhati RM300 atas aktiviti sukarelawannya memperbaiki sistem sekuriti sesawang rakyat ini sejak beberapa bulan lepas tanpa bayaran.
Saguhati RM300 lagi diberikan kepada seorang fotojurnalis yang menjadi runner ke sana dan ke mari untuk kerja-kerja kewartawanan dan teknikal.
Sebenarnya, sumbangan itu adalah kecil dan langsung tidak memadai. Insya-Allah, selagi PenangInsight.com terus menerima kepercayaan khalayak pelawat di samping doa serta sokongan para dermawan, semua ini boleh dihadapi bersama.
Kata orang tua dahulu, "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing."
Malam ini, redaksi PenangInsight.com sepatutnya dijadualkan bermesyuarat.
Ada dua orang wartawan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan di PenangInsight.com.
Serentak dengan itu, redaksi PenangInsight.com sepatutnya dijadualkan bertemu dengan seorang korporat yang mahu bertaaruf dan membantu secara tidak langsung sesawang ini.
Semua itu terpaksa ditangguhkan kerana Nota Kecil dan sanak saudara PenangInsight.com yang lain menerima jemputan makan malam sempena meraikan "308" atau Thunami Politik 8 Mac 2008 di George Town.
Jika tiada aral melintang, mesyuarat PenangInsight.com ditangguh ke malam Sabtu ini.
Sesungguhnya, sangat besar cita-cita redaksi terhadap masa depan PenangInsight.com sempena PRU13 ini.
Nota Kecil percaya, itu pelawat, penderma dan informer PenangInsight.com juga berkongsi harapan yang sama.
Selagi ada sokongan moral dan doa yang tidak putus-putus serta sumbangan dana untuk operasi PenangInsight.com, insyaAllah sama-sama kita membina harapan rakyat melalui sesawang 'kecil' ini.
"PenangInsight.com, harapan Pulau Pinang dan Malaysia"
Zainulfaqar Yaacob
9.18 pagi | Padang Kota, George Town
No comments:
Post a Comment