03 July 2012

Taib Azamuden tak jadi Ahli Parlimen Baling, Afnan Hamimi?

Taib Azamuden
DESAS-desus Datuk Taib Azamuden Md. Taib tidak bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kian kedengaran.

Khabarnya, bekas Imam Masjid Negara itu tidak mendapat restu daripada rata-rata kepemimpinan PAS Kawasan Baling serta Majlis Tindakan DUN (MTD).

Perang dingin antara beliau dan PAS Kawasan dicetuskan pasca PRU12 lagi apabila beliau mengfitnah sekumpulan pemimpin PAS Kawasan/MTD mencuri duitnya.

Dalam jelajah kawasan semasa itu, segelintir pemimpin PAS kawasan dituduh 'mencuri' duitnya sejumlah RM30,000.

Tidak cukup dengan itu, Taib Azamuden turut mengemukakan laporan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar di negeri berkenaan.


Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Senator Yusof Husin, Hassan @ Abdul Rahman Razak (bekas timbalan persuruhjaya PAS Kedah merangkap 'bisan' Taib Azamuden) telah dilantik untuk memulakan siasatan dalaman.

Yang DiPertua PAS Kawasan Baling, Abdul Wahab Md Hassan yang lebih dikenali sebagai "Ustaz Awang Pondok Lanai" telah dipanggil sebelum proses siasatan dalaman ke atas mereka yang terbabit dimulakan.

Hasil audit dalaman pada peringkat PAS Kawasan Baling mendapati, jentera PAS membelanjakan lebih RM78,000 termasuk duit yang diserahkan oleh Taib Azamuden kepada parti bagi memenangkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Baling.

Ketetapan siasatan itu sekaligus menolak tuduhan Azamuden kononnya RM30,000 "dicuri" oleh segelintir pemimpin PAS dari Kawasan Baling.

Selepas insiden yang diangggap menguris perasaan kebanyakan pemimpin kawasan berkenaan, Taib Azamuden terus meluahkan perasaan dingin dengan parti.

Selepas gagal merebut kerusi Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Baling pada saingan Muktamar PAS dua kali berturut-turut - 2009 dan 2011, Taib Azamudden dilaporkan sanggup mengunci Pejabat MTD.

Tidak cukup dengan itu, pihak Taib Azamuden turut menurunkan papan tanda Pusat Khidmat Ahli Baling (PUSKAB) di pejabatnya lalu diganti dengan papan tanda NGO bernama Pusat Komuniti Al-Abrar.

Perkembangan terbaru ini sekaligus mengakibatkan status Taib Azamuden sebagai wakil rakyat PAS atau 'Bebas' terus menjadi tanda tanya.

Terbaru, sumber pemimpin PAS Baling memberitahu, Taib Azamuden sedang mengintai peluang untuk bertanding di DUN Kupang konon-kononnya sebagai persiapan jika berlaku apa-apa terhadap Azizan selepas PRU13 kelak.

Afnan Hamimi
Dalam perkembangan lain, anak Taib Azamuden yang bernama Afnan Hamimi Taib Azamudden di Pulau Pinang pun turut memberi layanan dingin kepada ahli-ahli parti yang berbeza pendapat dengannya.

Seorang aktivis pemuda PAS dari Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Rizal Mohd Akhir didedah sebagai salah seorang mangsa hasil rencana tidak demokratik grup Afnan.

Kuliah PAKSi kendalian Ustaz Rizal terus "dikerat" oleh pihak Afnan disebabkan perbezaan fiqh sahaja.

Malah, Afnan dikatakan "gila populariti" apabila menojolkan dirinya dalam kain-kain rentang program parti sebagai persiapan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas konon-kononnya.

Nantikan pendedahan seterusnya mengenai skandal pecah amanah membabitkan mereka yang berkenaan.


BERANI DEMI KEBENARAN

Zainulfaqar Yaacob
Butterworth | 3.30 petang

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus