13 July 2013

Siasat status tanah Kg. Pmtg. Tok Subuh dulu -Ikhwan Nasser

Setiausaha PKR Cabang Bukit Mertajam, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa mempersoal status pemilikan tanah Kampung Permatang Tok Suboh dekat Machang Bubok kononnya dipunyai Syarikat Distinct Class Sdn. Bhd.

Beliau berkata, Rekod Ketuanpunyaan dalam simpanan Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menunjukkan syarikat misteri itu pernah menerima saman pemula (24-1828-2005) bertarikh 17 Mei 2006 di Mahkamah atas sebab cubaan kebenaran pindah milik tanah secara tidak sah.

"Tak mungkin pihak berkenaan boleh melakukan pindah milik pada tahun 2006 melainkan wujud pelanggaran kuasa dalam Pejabat Tanah.

"Ketetapan mahkamah pada saman pemula itu menggambarkan sedemikian," ujar beliau malam tadi dalam wawancara eksklusif di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Dokumen berwajib yang diteroka mendapati nombor daftar syarikat Distinct Class Sdn. Bhd. adalah 974004-K dan beralamat No.2408 & 2409, Lorong Perusahaan 1, Prai Industrial Estate, 13,600 Perai.

"Ini syarikat RM2 dan tak pernah wujud di alamat itu," ujar beliau sambil mendedahkan dokumen berwajib.

Justeru, katanya, pemaju atau mana-mana pihak yang dikaitkan dengan Kerajaan Pusat sekarang tiada hak mengusir penduduk Melayu dari kampung itu selagi status tanah tersebut tidak jejas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus