13 July 2013

Jakarta dakwa Putrajaya punca jerebu

JAKARTA - Indonesia akan mendakwa anak syarikat ladang kelapa sawit ketiga terbesar di Malaysia berhubung kebakaran haram yang menyebabkan Singapura dan Malaysia dilitupi jerebu pada bulan lalu, kata polis semalam.

Syarikat tempatan tersebut, PT Adei Plantations merupakan anak syarikat KL Kepong Bhd.

Polis mendakwa firma tersebut menyebabkan jerebu terburuk dalam tempoh 16 tahun melanda Asia Tenggara.

"Mereka akan didakwa kerana menyebabkan kemusnahan alam sekitar," kata jurucakap polis nasional, Ronny Franky Sompie.

Pihak berkuasa masih menyiasat empat syarikat lain kerana turut disyaki terlibat dalam aktiviti pembakaran haram tetapi nama-nama syarikat itu tidak didedahkan.

Pada bulan lalu, Kementerian Alam Sekitar menamakan lapan syarikat Asia Tenggara sebagai suspek.

Dalam pada itu, KL Kepong menafikan pihaknya melakukan sebarang kesalahan.

Menurut firma itu, pihaknya melaksanakan polisi pembakaran sifar, manakala kebakaran yang dikesan pula berlaku di luar kawasan konsesi mereka.

Seseorang individu yang didapati bersalah melakukan pembakaran hutan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda 10 bilion rupiah (RM3.1 juta).

Pihak berkuasa juga boleh merampas keuntungan dan menutup operasi syarikat yang didapati bersalah.

Polis berkata, lebih 12 orang telah ditangkap kerana melakukan pembakaran terbuka setakat ini.

Namun, tidak jelas sama ada mereka merupakan pekerja mana-mana lapan syarikat terbabit atau petani tempatan.

Sebahagian petani gemar menggunakan kaedah pembakaran hutan untuk membersihkan tanah kerana kosnya yang murah. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus