13 July 2013

J'kuasa Penyiasatan mampu jejak 'Tan Sri' gondol Bkt.Gambir :KMPP

KONGRES Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa siasatan kes penggondolan Bukit Gambir yang didedah membabitkan orang kenamaan bergelar 'Tan Sri'.

Presidennya, Rahmad Ishak berkata, langkah itu selari dengan slogan Cekap, Akauntabil dan Telus (C.A.T) yang diperkenal oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sejak lima tahun lepas.

Justeru, Rahmad berkata, langkah Kerajaan Negeri memanjangkan kes tersebut ke mahkamah adalah tidak memadai.

"Atas kepentingan umum, Kerajaan Negeri harus menubuhkan jawatankuasa penyiasatan bagi mengenal pasti apakah wujud elemen-elemen tidak sihat dari dalam, seterusnya mengenal pasti dalang yang terlibat," ujar beliau menerusi emel, semalam.

Terdahulu, , Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow pernah mendedahkan nama 'Tan Sri' Bukit Gambir berkesan.

Guan Eng pula dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bersetuju menyerah kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa raya (DPP) untuk siasatan lanjut.

Kali pertama desakan untuk menubuhkan jawatankuasa siasatan berwajib serupa dilakukan oleh Ahli Majlis MPPP, Dr. Lim Mah Hui dalam mesyuarat penuh Majlis.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus