13 July 2013

Melayu Kg. Pmtg. Tok Subuh tunggu masa diusir

52 biji rumah Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak dalam kawasan DUN Machang Bubok sekarang menunggu masa untuk dirobohkan atas nama pembangunan yang dikait dengan syarikat pemaju lantikan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Jun tahun lepas pernah berjanji untuk membina 250 rumah kos rendah di situ.

Laporan Bernama 16 Jun tahun lepas dipetik, Muhyiddin berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), George Town.

Bercakap di depan lebih 6,000 hadirin, Muhyiddin dilaporkan berkata, inisiatif itu sebagai reaksi pada kegagalan Kerajaan Negeri kononnya gagal membina rumah kos rendah dan sederhana rendah di negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Sinar Harian pada 17 Jun turut menyiarkan laporan sama.

"Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah," ujar Muhyiddin.

Setiausaha PKR Cabang Bukit Mertajam, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa dalam reaksi spontan tadi berkata, Muhyiddin patut memelihara kepentingan penduduk Melayu asal di kampung tersebut semasa merancang projek pemajuan tanah tersebut.

"Sekurang-kurangnya penduduk asal di kampung itu wajar dikekalkan di tempat yang sama di bawah projek pemajuan pusat, bukan diusir keluar

"Sekiranya Ketua Menteri DAP (Pulau Pulang) Lim Guan Eng boleh meletakkan kepentingan rakyat termasuk Melayu di Kampung Terang (dekat Balik Pulau), takkan Muhyiddin nak khianat Melayu di Pulau Pinang pula," tanya beliau malam tadi di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Justeru, beliau mendesak Kerajaan Pusat teraju Umno BN supaya berunding dengan pihak berwajib demi kepentingan penduduk Melayu asal di kampung tersebut.

Asal status tanah tersebut dikatakan TOL di bawah Kerajaan Negeri.

Satu dokumen berwajib bertarikh 28 Mei 1900 mendedahkan, tanah itu kemudiannya berpindah tangan kepada dua beradik Cina, Lee Seng Poey dan Lee Wah Poey.

Selepas itu, dikatakan, berlaku sekali lagi pindah milik, tetapi, tiada rekod terperinci mengenai pemilik berkenaan.

Rekod dokumentasi yang diteroka dari Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mendedahkan, status pemilikan terkini tanah kontroversi itu kini dipunyai oleh Syarikat Distinct Class Sdn. Bhd.

Sumber tempatan memberitahu, Kerajaan Pusat melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) merancang pemajuan sebidang tanah bersebelahan tanah kampung itu.

Atas dalih pemajuan, penduduk Melayu asal di Kampung Permatang Tok Subuh itu dijanji penempatan sebagaimana disebut Muhyiddin, namun, mereka mengaku seakan mula dikhianati.

Sungguhpun Kampung Permatang Tok Subuh wujud lebih separuh abad, pemastautin Melayu di situ digambarkan sebagai 'penempatan haram'.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus