24 February 2012

DAP kesal al-Quran di tempat buang sampah kem askar AS Afghanistan

GUAN Eng dan ayahnya Kit Siang
DAP hari ini melahirkan rasa kesal mengenai insiden Kitab Suci Al-Quran dibuah di tapak sampah dekat sebuah Kem Askar Amerika Syarikat di wilayah bergolak Afghanistan.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng menganggap insiden itu sebagai suatu penghinaan kepada agama serta umat Islam sedunia, termasuk di tanah air ini.

"DAP menyesal tindakan kurang sensitif ini yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau di Komtar, George Town.

Beliau bagaimanapun memandang positif mengenai inisiatif Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama segera meminta maaf serta memberi jaminan bahawa insiden sedemikian tidak berulang.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut melahirkan rasa kesal dengan insiden saling kekerasan yang akhirnya meragut nyawa lima pembantah Afghan dan dua askar Amerika Syarikat.

"DAP menolak keras penggunaan kekerasan, dan menyesal bahawa tindakan balas telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya lima pembantah Afghan dan dua askar Amerika.

"Kami menyeru agar semua pihak akan bertenang dan tidak bertindak secara terburu-buru sementara penyiasatan sedang dijalankan.

"Sebagai parti yang mendokong prinsip keamanan dan keadilan, DAP menekankan keperluan untuk kefahaman dan persaudaraan antara semua orang dalam dunia yang pelbagai budaya dan agama ini," ujar beliau.

Pendirian itu sekaligus seakan menolak fitnah cybertroopers Umno selama ini, iaitu kononnya DAP serta Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam dan anti-Melayu di negara ini. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus