10 July 2013

Sertai Hari Multiple Sclerosis 27 Julai!

PHEE Boon Poh (tengah) bergambar kenangan bersama wakil daripada Persatuan Multiple Sclerosis Pulau Pinang pada sidang media di Komtar baru-baru ini.

KERAJAAN Negeri akan menganjurkan Hari Multiple Sclerosis 2013 pada 27 Julai depan bagi mendedahkan pri bahaya penyakit tiada rawatan itu kepada rakyat Pulau Pinang.

Program penerangan tersebut diadakan di Auditorium A, Komtar, George Town bermula pada jam 10.30 pagi dan dijadual berakhir pada jam 2.30 petang.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, insiatif Kerajaan Negeri itu selepas menyedari bahawa generasi muda paling berisiko tinggi mengidap penyakit itu.

Justeru, katanya, generasi muda bukan sahaja diharap menyertai program tersebut, bahkan, boleh bersama-sama Kerajaan Negeri menyumbang RM10 seorang untuk disalur kepada Pusat Pemulihan Multiple Sclerosis.

“Pada majlis sehari tersebut setiap pengunjung akan didedahkan tentang maklumat dan segala info berkaitan Multiple Sclerosis (banyak luka atau parut),” ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu, statistik berwajib menunjukkan generasi muda di pulau dan Seberang Jaya adalah lebih berisiko tinggi mengidap penyakit ini.

Multiple Sclerosis (MS) adalah sejenis penyakit autoimunisasi yang menyerang saraf pusat di otak dan sumsum tulang belakang (spinal cord).

MS berpunca oleh kerosakan myelin, iaitu selubung pelindung yang mengelilingi saraf pada sistem saraf pusat.

Gangguan penglihatan, hilang keseimbangan tubuh, perubahan rasa seperti kebas, percakapan menjadi lambat, kudrat kian lemah dan lemah seks merupakan antara simtom awal pada penyakit tersebut.

Sehingga kini, tiada rawatan pada pesakit tersebut, namun, langkah pencegahan serta terapi boleh mengelak dari mengidap pesakit itu. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus