10 July 2013

Jagdeep teringin temani umat Islam berbuka puasa

JAGDEEP Singh Deo a/l Karpal Singh (kanan) menyantuni seorang ibu tua Melayu.
Kanak-kanak mengambil kesempatan beramah-mesra dengan ADUN Datuk Keramah, sebelum majlis penyerahan sumbangan dilangsungkan  

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menyerahkan hamper makanan dan beras kepada 70 penerima terpilih dalam satu majlis gotong royong di Kampung Datuk Keramat dan Kampung Dodol di sini sempena menempuhi bulan Ramadan.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan itu berkata, ibadah puasa dalam bulan itu umummnya mengajar umat Islam hatta manusia umummnya untuk empeti dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Justeru, beliau melahirkan rasa minat untuk menemani umat Islamberbuka puasa di kedua-dua kampung berkenaan kelak.

“Saya amat berharap, apabila tibanya bulan Ramadhan kelak, saya akan berpeluang berbuka puasa bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

“Pada bulan Syawal pula, kita akan bersama-sama juga mengadakan jamuan raya bagi meraikan penduduk-penduduk di sini,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Difahamkan, majlis gotong-royong itu turut disertai oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemeriksaan kesihatan secara percuma, rawatan tradisonal serta jamuan durian antara program menarik dalam majlis tersebut.

Robakeyah Shariff, 74, penduduk Kampung Dodol yang ditemui kemudiaan melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan ADUN mereka.

“Sumbangan ini cukup bermakna bagi saya tambahan pula saya sememangnya seorang yang miskin.

"Pendapatan bulanan saya hanya RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hendak harapkan anak-anak memang jauh sekali, dengan bantuan ini pun saya cukup bersyukur,” ujar beliau dalam nada yang sungguh sebak.

Halizah Din, 62, penduduk Kampung Makam di sini turut melahirkan rasa terharu atas insiatif ADUN mereka.

“Saya amat berterima kasih atas bantuan ini. Sebelum ini pun ada juga bantuan sebegini dari Kerajaan Negeri.

Selama ini pun pendapatan hanya berharap dari pemberian anak-anak semata-mata. Saya juga menerima bantuan dari badan kebajikan RM100 sebulan,” ujar ibu tunggal sambil mengaku beliau menumpang di rumah anaknya.

Majlis gotong royong yang mencipta sejarah tersendiri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Keramat itu sekaligus menyerlahkan keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus