10 July 2013

Guppy bekal pasu, pokok bunga 80 sekolah - YDP MPSP


MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyerahkan pokok bunga lengkap dengan pasu kepada 80 sekolah sekitar daerah Seberang Perai Utara yang menyertai program Anugerah Sekolah Hijau 2013.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, langkah hoslistik itu diharap menggalakkan lagi budaya memulihara dan memelihara alam sekitar dalam kalangan murid.

"Saya percaya dengan penyertaan sekolah-sekolah ini, tahap kebersihan di Seberang Perai akan bertambah baik kerana para pelajar bukan sahaja mempraktikkan kriteria-kriteria amalan hijau di sekolah, tetapi, juga dalam kehidupan seharian mereka," katanya di sini baru-baru ini.

Di sebalik program itu, beliau berkata, syarikat Guppy Plastic Industries Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak 15 pasu lengkap dengan pokok bunga kepada setiap sekolah yang menyertai program tersebut.

Maimunah berkata, syarikat Guppy terpanggil untuk menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu selepas melihat keghairahan pelajar di sekolah tertentu dalam menjayakan Program Keceriaan Sekolah.

"Sekolah-sekolah perlu menjaga pokok yang disumbangkan syarikat terbabit dan markah akan diberikan semasa pengauditan dibuat yang merangkumi 10 kriteria.

"Antara kriteria yang diambil kira ialah amalan 3R, pengurangan beg plastik, kebersihan kawasan sekolah dan aktiviti lain yang kreatif dan inovatif," katanya.

Justeru, katanya, program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai pri penting alam sekitar, melaksanakan aktiviti kitar semula dan seterusnya mengurangkan sampah ke tapak pelupusan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus