18 March 2015

Jangan ponteng kerja, nasihat YDP MPSP

MAIMUNAH Mohd. Sharif (kanan sekali) bersama-sama Setiausahanya, Mohd. Rozali Mohamud (dua dari kanan) bersama-sama barisan Ahli Majlis lain pada Majlis Perhimpunan Korporat MPSP di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, semua kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan digesa supaya meningkatkan kualiti mutu perkhidmatan, sebagaimana yang diimpikan oleh pelanggan Seberang Perai.

"Saya ada menerima aduan daripada Ahli Majlis dan orang awam bahawa kakitangan MPSP ada yang tidak menjalankan tugas dengan baik, ponteng kerja atau kerja tidak mengikut SOP.

"Rakyat senantiasa memberikan harapan kepada kita yang dipilih menjadi warga kerja MPSP, jadi tingkatkan mutu pelanggan.

"Kita, MPSP bukan sahaja memberi anugerah kepada kakitangan yang berkualiti dalam perkhidmatan, tetapi, turut mengambil tindakan disiplin secara tegas kepada mereka yang tiada komitmen dalam memberi perkhidmatan yang diimpikan oleh pelanggan kita di Seberang Perai ini," ujar Maimunah di perkarangan Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Maimunah turut mendedahkan statistik kakitangan yang dikenakan tindakan disiplin, sebagai respons pada sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini, yang melaporkan bahawa kakitangan MPSP bekerja sambil lewa.

"Pada tahun 2014 sahaja, MPSP telah mengambil tindakan terhadap 28 kes, di mana 23 tindakan (menyamai) 82 peratus adalah kerana ketidakhadiran bertugas tanpa sebab.

"Manakala, pada tahun 2015, sebanyak tiga kes telahpun diambil tindakan dan ketiga-tiga kes adalah (atas sebab) ketidakhadiran bertugas," kata Maimunah di depan kira-kira 300 kakitangan MPSP. 

Dalam perkembangan lain, Maimunah memberitahu Bahagian Pengaduan Awam MPSP pada tahun 2014 menerima sebanyak 12,632 aduan, dan 11,964 aduan telahpun diselesaikan.

Sehingga 28 Februari tahun ini, katanya lagi, 2,122 aduan diterima dan 68 peratus berjaya diselesaikan.

“Saya menyeru semua kakitangan berwajib yang terlibat supaya mengambil tindakan mengikut piagam pelanggan yang telahpun ditetapkan di jabatan masing-masing, tidak kira aduan itu melalui saluran mana sekalipun,” tegas beliau.

Pada perhimpunan tersebut, Maimunah mengulangi komitmen MPSP untuk meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kos operasi PBT berkenaan.

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dalam Bajet MPSP bagi tahun 2015 masing-masing adalah berjumlah RM212,388,684 dan RM243,836,559, dengan defesit kira-kira RM30,447,875.

“MPSP senantiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kos operasinya, kita sasar kutipan hasil pada hujung tahun ini adalah sebanyak RM213,39 juta,” jelas Maimunah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus