18 March 2015

Tiada catuan sebab sumber air mencukupi, kata Guan Eng

KETUA Menteri (tengah) bersama-sama Mohd. Rashid Hasnon (kanan) dan Prof. P. Ramasamy (kiri) pada sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa bekalan air di negeri ini masih dalam keadaan sihat dan mencukupi, serta tiada tiada catuan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Bekalan air masih sihat dan akan dibekalkan seperti biasa, serta tiada sebarang catuan (bekalan air bersih) walaupun kita turut bimbang dengan musim kemarau,” jelas Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) serta beberapa Exco Kerajaan Negeri lain turut menyertai sidang media tersebut.

Sehingga 28 Februari lalu, Guan Eng memberitahu bahawa 72 peratus bekalan air di Empangan Teluk Bahang mampu menampung keperluan penduduk dalam tempoh 219 hari, manakala, 83 peratus bekalan air di Empangan Air Itam pula mencukupi dalam tempoh 81 hari.

“31 peratus (bekalan air) di Empangan Mengkuang pula sebenarnya disengajakan dalam tempoh dua tahun ini kerana kita (Kerajaan Negeri) dalam proses pelebaran atau pembesaran empangan,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pengurusan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Bagaimanapun, katanya lagi, sumber air negeri akan terus mencukupi selagi aras air Sungai Muda berada pada ketinggian 2.5 meter.

“Yang penting sekal adalah Sungai Muda masih pada tahap yang sihat dengan ketinggian air 2.5 meter, (aras) kritikal adalah 1.5 meter,” jelas Guan Eng lagi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan sejak 6 Mac lalu dilaporkan mula mencatu bekalan air ke atas lebih 3,000 rumah dalam kawasan Felda sekitar kawasan Gemas dan Tampin, demi mengawal sumber asasi tersebut pada musim kemarau belakangan ini.

Begitu juga dengan Kerajaan Johor, dilaporkan mencatu bekalan air bersih di beberapa kawasan sekitar Kluang sehingga 36 jam mulai baru-baru ini, disebabkan keupayaan sumber air di Loji Rawatan Air Sembrong Timur sedia ada kian berkurangan.

Kerajaan Selangor pun dilaporkan turut melakukan catuan air secara bergilir-gilir di beberapa kawasan, demi mengurangkan risiko kekurangan sumber air mentah, seperti tahun lepas.

Ekoran itu, timbul desas-desus kononnya langkah catuan air turut akan dilakukan di negeri ini demi mendepani kemungkinan musim kemarau nanti.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus