18 July 2013

Tiada PERKASA didakwa punca Guan Eng persoal wibawa Menteri

AHMAD Zahid Hamidi (tiga dari kiri) seakan cuba menyampaikan sesuatu kepada Lim Guan Eng (dua dari kiri) sambil diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu lawatan Pusat di George Town baru-baru ini.

TiADA pendakwaan ke atas beberapa tindakan ganas ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) ke atas pemberita serta Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri sejak dua tahun lepas mengakibatkan wibawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus dipersoal.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, itu semua seakan menyerlahkan pihak Pendakwa Raya dan Kerajaan Pusat bersikap terpilih serta double-standard dalam menyelesaikan kesemua aduan tersebut.

"(Apa)bila dalam kes tertentu terhadap pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat), pendakwaan boleh dibuat dalam masa dua bulan.

"Tetapi, dalam kes kesalahan di mana keganasan dan kekerasan digunakan oleh penyokong BN (Barisan Nasional), ia bukan sahaja dilambat-lambatkan, malah, mungkin akan ditutup begitu sahaja dengan cop No Further Action (NFA)," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Kenyataan Guan Eng itu sebagai reaksi pada jawapan lisan Ahmad Zahid di Parlimen baru-baru ini.

Dalam jawapan lisan yang dipetik, Ahmad Zahid mengaku terdapat enam aduan berwajib mengenai tindakan ganas ahli PERKASA di Pulau Pinang sepanjang tahun 2011 hingga sekarang.

Aduan pertama mengenai seorang pemberita dipukul oleh beberapa lelaki dipercayai ahli PERKASA semasa membuat liputan perhimpunan anti BERSIH (Gabungan Piihan raya Adil dan Bersih) di Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011.

Aduan kedua mengenai PERKASA menganjurkan perhimpunan tanpa permit di Komtar di sini pada 30 November 2011 bagi menyerah memorandum kepada Ketua Menteri.

Aduan ketiga mengenai ahli PERKASA didakwa mencaci serta mengugut Guan Eng di Dewan Pidato dekat Padang Kota Lama di sini pada 26 Februari 2012.

Aduan keempat mengenai sekumpulan lelaki dipercayai ahli PERKASA menuntut Guan Eng bertindak adil di depan kediaman Ketua Menteri itu pada 10 Mei 2012.

Aduan kelima mengenai seorang ahli PERKASA didakwa cuba menghampiri Ketua Menteri hingga tercetus kekecohan di Pasar Telok Bahang pada 30 Jun 2012.

Aduan keenam dan terakhir adalah tindakan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam Konvensyen PERKASA di UiTM Pulau Pinang yang didakwa menyeru umat Islam membakar Bible berkalimah Allah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus