ADUN agih RM17,700 sumbangan Ramadan Seberang Jaya

BERITA BERGAMBAR

DR. Afif Bahardin (kiri) menyampaikan cek sumbangan Ramadhan kepada salah seorang wakil penerima di sini baru-baru ini.

SEMARAKKAN RAMADAN... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin menyampaikan sumbangan RM17,700 kepada 11 masjid, 25 surau dan 2 maahad terpilih demi menyemarak lagi ibadah dalam bulan Ramadan kali ini.

Beliau berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu program komuniti seperti tadarus al-Quran dan majlis berbuka puasa.

"Walaupun ada masjid yang telah terima sumbangan dari Kerajaan Negeri, saya berharap sumbangan yang diberikan ini sekurang-kurangnya dapat membantu surau-surau dan maahad di sekitar DUN Seberang Jaya," ujar beliau baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan oleh Dr. Afif dilangsungkan secara sederhana di Masjid Seberang Jaya di sini.

Beliau yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan berkata, pihaknya akan meneruskan program mengagihkan kurma di bazar Ramadan setempat serta program sumbangan bantuan kepada golongan terpilih sepanjang bulan puasa ini.

Comments