18 July 2013

Kekalkan tradisi gotong-royong - ADUN Sg.Pinang

LIM Siew Khim (bertopi) membersihkan ranting-ranting pohon yang ditebang semasa aktiviti gotong-royong di Pangsapuri Jelutong Indah di sini baru-baru ini.
LIM Siew Khim (bertopi) bersama-sama kaum ibu Pangsapuri Jelutong Indah membersihkan kawasan kediaman di sini baru-baru ini.

WARGA Pangsapuri Jelutong Indah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka sementara menunggu langkah pemuliharaan kemudahan asas di sini oleh pemaju JKP Sdn. Bhd..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berkata, aktiviti tersebut mampu melahirkan persekitaran kediaman yang lebih bersih serta keharmonian masyarakat.

“Secara tidak langsung gotong-royong mampu menerapkan perpaduan dan kesedaran menjaga kebersihan dalam kalangan sesebuah komuniti itu.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti sihat ini dan berharap supaya aktiviti ini dapat dikekalkan secara berkala,” katanya baru-baru ini.

Terdahulu, Siew Khim menyertai Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon mengadakan lawatan kilat di pangsapuri tersebut ekoran menerima aduan kerosakan kemudahan asas di sini.

Penduduk setempat mengadu dua tangki air di atas pangsapuri tersebut dikesan bocor, selain, kedua-dua lif rosak sejak hampir dua bulan lepas.

Ekoran itu, Mohd. Rashid dilaporkan menasihat JKP dan badan pengurusan bersama (JMB) berwajib supaya segera melakukan kerja-kerja menyelenggara semula kesemua kemudahan asas yang rosak.

Hasil lawatan kilat itu, penduduk setempat bersetuju untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka sementara menunggu kerja penyelenggaraan oleh pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus