Skip to main content

Kon Yeow jangka asing sisa di punca mampu kurangkan belanja tahunan PBT 2016

JASPERS Ooi Zong Han menunjukkan botol terpakai yang berjaya dikumpulkan, selepas Majlis Pelancaran Pengumpulan Botor Kaca Untuk Dikitar Semula di Pusat Kitar Semula Jalan Mohd. Saad dekat Butterworth, di sini petang tadi.
CHOW Kon Yeow (tengah) pada majlis pelancaran di sini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN JERMAL - Dasar pengasingan sisa mulai 1 Jun depan dijangka mampu mengurangkan belanja berwajib bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu, sehingga kini kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan telahpun membelanjakan kira-kira RM199.3 juta atau 40 peratus peruntukan tahunan 2016 bagi mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan masing-masing.

"Paling penting adalah usaha ini berjaya agar kos RM199.3 juta ini dapat dikurangkan.

"Amalan mengasingkan antara sisa pepejal dan bahan kitar semula ini boleh mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, seterusnya memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan kita," jelas Kon Yeow di sini.

Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pengumpulan Botor Kaca Untuk Dikitar Semula di Pusat Kitar Semula Jalan Mohd. Saad dekat Butterworth, pagi tadi.

Sebelum itu, Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif turut memuji inisiatif Buddhist Tzu Chi Merits Society, Malaysia kerana gigih melaksanakan pelbagai program kitar semula di sini, sejak ditubuhkan pada tahun 2004 lagi.

"Orang ramai menghantar barang kitar semula sendirk ke pusat ini dan lebih 20 tan barang kitar semula dikumpulkan pada setiap bulan," jelas Maimunah," jelas Maimunah lagi.

Katanya lagi, di sini merupakan pusat kitar semula yang mengumpulkan barang kitar semula terbanyak, termasuk mengumpulkan botol, dengan hasil jualan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kebajikan komuniti.

Majlis itu turut disertai oleh Setiausaha MBPP, Ar. Ng Aing Thye, Khoon Boo Leong (Pesuruhjaya Persatuan Penganut Buddha Tzu Chi Malaysia) dan Jaspers Ooi Zong Han (Pengurus Utusan Selasih Sdn. Bhd., iaitu syarikat kontraktor pengumpul botol untuk kitar semula).

Difahamkan, tiap-tiap hari kira-kira 1,800 tan sisa dari seluruh negeri ini dilupuskan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung.

Ikut kadar pecahan, 1,100 tan sisa pepejal daripada MPSP, manakala baki 700 tan lagi dikumpulkan oleh MBPP.