Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri YAB
Tuan Lim Guan Eng sekali lagi menyampaikan sumbangan program bubur lambuk
kepada 13 masjid terpilih sempena Ihya' Ramadan ini.
Menurut beliau,
program yang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas itu meliputi kawasan majlis
terpilih, Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) serta tiap-tiap kawasan di
bawah Pegawai Penyelarasan KADUN (PPK).
"Sebanyak 300
hingga 350 bekas bubur lambuk berjaya diedarkan sepanjang bulan Ramadan pada
tahun lepas di setiap lokasi terpilih.
"Justeru,
Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 40,000 bekas bubur lambuk berjaya
diedarkan di 13 lokasi terpilih sempena bulan Ramadan tahun ini," ujar
beliau pada sidang media tersebut.
13 lokasi tersebut
adalah Masjid Permatang Keriang dekat Penaga, Masjid Kampung Banggol (Permatang
Berangan), Masjid Permatang Tok Jaya (Sungai Dua), Surau Ubudiyah (Sungai
Acheh), Surau Taman Sri Serdang (Bertam), Surau Kubang Menerong (Pinang Tunggal),
Masjid Kampung Binjai (Bayan Lepas), Masjid Pulau Betong (Pulau Betong), Surau
Al-Masakin (Teluk Bahang), Masjid Kampung Lebai Tahir (Teluk Air Tawar), Masjid
Bagan Jermal (Tanjung Tokong), Masjid Taman Guar Perahu (Penanti) dan Masjid
Sungai Duri (Sungai Bakap).
Timbalan Ketua
Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal
Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir pada
majlis penyerahan cek replika kepada semua wakil penganjur program bubur lambuk
tersebut.
Hadir sama, Pegawai
Penerangan Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid
& Qaryah bagi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ustaz Rosidi
Hussain serta PPK lain turut hadir pada majlis tersebut.
Mereka, Asrol Sani
Abdul Razak (PPK Bertam), Muhasdey Muhamad (PPK Pinang Tunggal), Ridwan Osman
(PPK Penaga), Zahadi Mohd. (Sungai Dua), Arshad Md. Salleh (PPK Permatang
Berangan), Norhayati Jaafar (PPK Telok Air Tawar), Azmi Samsudin (PPK Sungai
Acheh), Mohd. Tuah Ismail (PPK Pulau Betong) dan Halil Sabri Hamid (PPK Teluk
Bahang).
PPK Bayan Lepas,
Jamaludin Said tidak hadir pada majlis tersebut kerana demam denggi.
Perkembangan
terbaru itu sekaligus menggambarkan Kerajaan Negeri konsistan dalam memartabatkan
Islam di Pulau Pinang, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan.
No comments:
Post a Comment