01 July 2014

YDP MPSP perjelas status Uptown Perda

(Dari kiri) AHMAD Kaswan Kassim, Shaqhrony Md Yusoff @ Jamaludin, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif, Rezal Huzairi Md. Zaki, Tan Cheong Eng menunjukkan sijil Anugerah Floria President’s Award, pada sidang media di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - 75 penjaja berlesen asal dibenarkan kekal berniaga di tapak jaja sementara Uptown Perda sehingga hujung tahun, manakala, tambahan 205 peniaga lain hanya sempena bulan Ramadan ini sahaja.

Menurut Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Sharif, ketetapan terbaru itu dibuat selepas mempertimbang permohonan daripada penganjur, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Simpang Empat.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) masih berhasrat untuk menjadikan Jalan Perda Selatan di sini sebagai tapak jaja baru Uptown Perda mulai tahun depan.

“Jumlah penjaja yang yang dibenarkan, (iaitu) 75 penjaja berlesen dan (205 penjaja lain) sampai ke Restoran Route 69 sebenarnya tidak bertambah, sama jumlahnya seperti tahun lepas.

“Untuk tahun hadapan (2015), kita akan bincangkan semula keputusan sebelum ini untuk menempatkan mereka ke Jalan Perda Selatan,” jelas Maimunah kepada wartawan, di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Ke-480 Bil.6/2014  MPSP.

Tiga Ahli Majlis bagi MPSP, Tan Cheong Eng, Rezal Huzairi Md. Zaki, Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media itu.

Hadir sama, Setiausaha bagi MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Shaqhrony Md Yusoff @ Jamaludin (Ketua Jabatan Lanskap MPSP).

Maimunah berkata, penganjur Uptown Perda diharap dapat memperbaiki mutu pengurusan Uptown Perda supaya isu malar segar seperti kesesakan trafik, penjajaan tanpa izin, kebersihan yang dibangkitkan sejak beberapa tahun lepas tidak lagi berulang kelak.

Ketetapan terbaru itu sekaligus memadam spekulasi pihak tertentu kononnya Uptown Perda yang menjadi salah satu simbol pusat jaja etnik Melayu cuba ditutup oleh PBT.

Dalam perkembangan lain, Maimunah turut memaklumkan bahawa MPSP berjaya mendapat Anugerah Floria President’s Award dalam Festival Flora dan Taman Floria Putrajaya 2014 baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus