Kedudukannya sama wajib dengan puasa dalam bulan Ramadan dan solat fardhu yang lima sehari semalam.
Dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. [Surah Al-Baqarah, 2: 43]
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [Surah At-Taubah, 9:60]
Takrif
Bahasa: bersih, suci, berkembang, membiak, terpuji
Istilah: Harta tertentu yang dikeluarkan dengan syarat-syarat tertentu kepada asnaf tertentu.
Rukun
1. Niat,
Contoh: - Nawaitu an-ukhriza zakatal fitri 'an zaujati fardhan lillahi ta'ala
Maksud: Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas Istri saya, Fardhu karana Allah Ta’ala
2. Berlakunya pemindahan harta daripada muzakki (pengeluar zakat) kepada mustahik (penerima di kalangan asnaf)
Lapan asnaf tersebut, Al-Fuqara’, Al-Masakin, Amil (pemungut dan pengagih zakat), Muallaf (mereka yang baru memeluk Islam), Riqab (hamba yang dibelenggu atau tiada kebebasan diri), Ghamirin (orang Islam yang tidak mampu melangsaikan hutangnya), Fisabilillah (pelajar serta orang yang berusaha melakukan aktiviti meninggikan Islam), dan Ibnus Sabil (musafir yang terputus sumber hidup).

Jenis
1. Zakat fitrah-Dikenakan kepada seluruh umat Islam, termasuklah hamba sahaya
-Diwajibkan hanya pada bulan Ramadan menjelang Syawal
-Ditunaikan oleh wali ataupun ketua keluarga
-Wajib kepada miskin dan kaya, dengan syarat mereka mempunyai makanan yang mencukupi dari malam syawal hingga esoknya
-Waktu wajibnya ialah sebelum solat Aidilfitri dan tamat setelah gelincir matahari satu syawal
-Kadarnya berdasarkan nilai segantang Baghdad (2.5 kg) makanan asasi di sesebuah tempat, umpamanya.
2. Zakat harta
-Ditunaikan setiap tahun dengan syarat-syarat khusus yang akan dipapar dan dibincangkan di bawah
-Zakat yang benar-benar melambangkan kekayaan umat Islam
-Zakat yang dananya mampu merealisasikan roh dan falsafah sebenar amalan zakat dalam Islam
Syarat Sah Zakat
1. Islam, jika bukan Islam nak tunai zakat, pemberian itu diharuskan berdasarkan dalil:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [Surah al-Mumtahanah, 60: 8].
Khalifah Umar al-Khattab pernah memberi zakat kepada Ahli Kitab, sampai dipertikai oleh para sahabat lain.
Saidina ‘Umar membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu, (yang maksudnya) “Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, (sambil) beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah)
- Al-Qardhawi, Fiqh Al-Zakat: 2/707
2. Merdeka,
Bagaimana hamba sedangkan dirinya sendiri dimiliki oleh Tuannya?
Bagaimana, anak-anak yang mumaiyyiz digalakkan atas nama tarbiyyah walaupun belum kewajipan ke atas mereka untuk melaksanakan sendiri.
3. Sempurna milik (al-milk at-tamam)
Harta yang nak dizakatkan itu mestilah 100% dimiliki zat serta manfaatnya.
4. Cukup nisab (hitungan)
Contoh 1 - Zakat Fitrah yang diwajibkan di Pulau Pinang adalah RM6.76. RM7 yang diumumkan itu atas atas alasan dilebihkan sedikit dari kadar asal berdasarkan bab 'ihtiat' (lebih selamat).
Contoh 2 - nilai minima wajib zakat yang ditentukan kepada harga semasa 85 gram emas pada satu-satu masa.
Adalah lebih afdhal menggunakan tempoh haul berdasarkan tahun Islam, kerana ia lebih tepat berbanding tahun Masehi.
Maqasid zakat
1. Hapus kemiskinan
2. Sambung persaudaraan
3. Membersih jiwa
Apa yang ZPP buat?
ZPP sasar kutipan RM4.3 juta zakat fitrah daripada 580,000 umat Islam Pulau Pinang pada tahun ini. Kutipan tahun lalu direkodkan RM4.2 juta. (Sasaran keseluruhan termasuk zakat komersial RM90.5 juta)
Tahun ini, seramai 9,156 orang layak menerima sumbangan hari raya nanti, iaitu 740 di bawah asnaf fakir dan 8,416 di bawah asnaf miskin.

206 keluarga asnaf terima rumah zakat RM35,000 sejak tahun 2008. Tahun ini sahaja, kita membina 10 unit rumah di seluruh Pulau Pinang dengan nilai agihan RM3,056,900, dan baiki lebih 20 rumah asnaf terpilih dengan nilai agihan RM194,664.20.
Seramai 8,371 orang menerima RM14.1 juta untukPendidikan Asnaf sepanjang tahun lepas, manakala, 3,103 lain menerima RM1.8 juta untuk bantuan persekolahan.
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment