Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Reka cipta robot
mirip ‘R2-D2’ dalam filem fiksyen terkenal Star
Wars akhirnya melayakkan empat mahasiswa INTI International College Penang dipilih sebagai johan
pertandingan antarabangsa Laureate Award
for Excerllence in Robotic Engineering di Sepanyol baru-baru ini.
Mereka, Toh Yi
Feng, 21, Chung Soon Zhi, 21, Koh Kah Seng, 20, dan Lee Joo Han, 22, di bawah
guru penasihat, Bryan Chong Fook Lim, 51.
Ketua Menteri YAB
Tuan Lim Guan Eng dalam satu majlis sumbangan memberikan sijil penghargaan
Kerajaan Negeri kepada mereka sebagai menghargai bakat anak Pulau Pinang
terbabit.
"Ini, contoh
bakat yang ada di Pulau Pinang dalam (bidang) reka cipta robot," kata Guan
Eng pada sidang media tersebut.
Timbalan Ketua
Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco
Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
Menurut Guan Eng,
pencapaian bakat dari kolej swasta berkenaan, sekaligus, mengharumkan nama
Pulau Pinang di peringkat antarabangsa.
Difahamkan, projek
johan tersebut dikenali sebagai MEGA-01
Mobile Enchance Guider Android.
Pasukan bakat
terbabit menghantar proposal projek tersebut kepada penganjur, Laureate International Universities pada
Disember tahun lepas.
Projek mereka
diumum masuk saringan akhir antarabangsa itu pada Februari lepas, sebelum,
diumumkan johan kejohanan yang berlangsung pada 23 hingga 25 April baru-baru
ini.
No comments:
Post a Comment