Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
KOMTAR - Ketua
Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempersoal kewibawaan Putrajaya
terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilihat langsung tidak
mengambil tindakan ke atas kenyataan berbaur perkauman oleh beberapa
pemimpin negara, belakangan ini.
Gesaan itu sebagai
respons pada isu tiada tindakan perundangan ke atas Dr. Mashitah
Ibrahim, walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
berkenaan baru-baru ini dilaporkan menuduh orang Cina membakar
cebisan Al-Quran di Pasar Besar Alor, Setar Kedah untuk upacara
sembahyang.
Justeru, Guan Eng
menggesa Putrajaya supaya membendung politik perkauman melampau,
serta kembali mengamalkan kesederhanaan tulen sebagaimana dilakukan
oleh pemimpin Kerajaan Negeri di Pulau Pinang.
“Di Pulau Pinang, tak
kira Melayu atau Cina atau India, kita (Kerajaan Negeri) pilih jalan
sederhana.
“Masalahnya orang-orang
yang tak ambil jalan sederhana dengan mengeluarkan kenyataan sentimen
perkauman, mengapa tidak ada apa-apa tindakan.
“Kalau tidak, esok
lebih ramai lagi akan membuat kenyataan ekstrem,” tegas beliau
kepada wartawan, selepas Majlis Pecah Tanah Skim Perumahan Awam DanMampu Milik 'The Rise' Di Jalan SP Chelliah di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama,
Guan Eng turut mempersoal kewibawaan Putrajaya yang dilihat langsung
tidak mengambil tindakan ke atas Menteri Pertanian dan Indusri Asas
Tani, Dato' Sri Ismail Sabri, yang beberapa kali mengeluarkan
kenyataan rasis, antaranya adalah gesaan memboikot perniagaan Cina di
tanah air ini.
No comments:
Post a Comment