19 March 2015

RM657,000 agar P.Pinang 'negeri hijau', kata Guan Eng



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, peruntukan Kerajaan Negeri kepada Penang Gree Council (PGC) berjumlah RM657,000 bagi tahun ini diharap dapat mempercepat lagi impian bersama untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai 'negeri hijau'.

“Sebelum ini sebanyak RM327,000 diperuntukan, tetapi, sekarang telah ditambahkan kepada RM657,000, iaitu tambahan sebanyak RM330,000.

“Insentif Inovasi Hijau Pulau Pinang ini ditambah RM200,000 lagi, daripada RM200,000 kepada RM400,000, untuk mencari penyelesaian yang inovatif, teknologi-teknologi yang inovatif supaya dapat memastikan kehidupan hijau di negeri ini,” jelas Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Guan Eng diiringi Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Pengurus Besar PGC, Ting Siew Shuen, serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. Jaseni Maidinsa turut menyempurnakan majlis pelancaran kempen 'Praktikan Amalan Hijau, Demi Perubahan'.

Guan Eng memberitahu, peruntukan RM657,000 tersebut untuk membiayai enam program tahunan negeri.

Peruntukan program Insentif Inovasi Hijau berjumlah RM400,000, manakala Projek Pejabat Hijau (RM110,000), Insentif Penuaian Air Hujan (RM10,000), Anugerah Sekolah Hijau (RM85,000), Anugerah Kewartawanan Hijau (RM28,000) dan Anugerah Video Hijau (RM14,000).

Guan Eng memberitahu, tiada peruntukan untuk dua program lain, iaitu Anugerah Pemuliharaan Alam Sekitar dan Anugerah Kemampanan Alam Sekitar.

“Semua program insentif ini juga untuk menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber (secara) mampan,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.



No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus