19 March 2015

Rebut Piala PYDC dengan semangat berkobar-kobar, kata Guan Eng

SHAH Headan Ayoob Hussain Shah (berbaju hitam) diberi penghormatan untuk menyerahkan jersi khas PYDC kepada pasukan pilihan, ZA Teluk Bahang FC, sambil disaksikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri (tengah) bersama-sama pemimpin Kerajaan Negeri yang lain merakamkan gambar dengan pasukan MPPP, sebelum perlawanan pembukaan dengan Sungai Ara FC berlangsung di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPAS - Perlawanan pembukaan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala PYDC Peringkat Daerah Barat Daya antara Sungai Ara FC dan pasukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Stadium Mini Sungai Ara di sini baru-baru ini akhirnya terikat seri satu sama, hingga minit ke-90.

Sebelum itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berharap, kesemua 16 pasukan atas semangat kesukanan dapat menampilkan persembahan permainan bermutu pada musim liga peringkat daerah tersebut.

“Kita bukan sahaja berhasrat untuk ghairah melihat persembahan Pulau Pinang (Skuad Harimau Kumbang) buru kelayakan ke (saingan) Liga Super pada tahun depan (2016), tetapi, kita juga mahu sukan ini semakin meriah dengan mutu persembahan terbaik di peringkat daerah ini.

“Sebab itu, Kerajaan Negeri melalui PYDC (Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang) buat julung-julung kalinya menganjurkan kejohanan ini, supaya semangat sukan terus berkobar-kobar di kalangan belia, tanpa mengira kaum, fahaman politik atau latar belakang yang berbeza-beza,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerajak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Batu Maung), Soon Lip Chee (ADUN Jawi merangkap pengarah kejohanan) dan Dato' Shah Headan Ayoob Hussain Shah (ADUN Teluk Bahang) turut hadir pada majlis perasmian pembukaan kejohanan tersebut.

Hadir sama, Pengurus Besar PYDC, Teng Kok Liang serta Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail.

Selain menyempurnakan majlis perasmian, Guan Eng serta tetamu kehormat lain turut menyerahkan jersi kepada kesemua wakil 16 pasukan yang bertanding pada musim liga kali ini.

Difahamkan, 16 pasukan yang akan merebut kejuaraan semusim mulai bulan Mac hingga Mei depan ini adalah Sungai Burung FC, Barat Daya, JKKK Simpang Empat, Bayan Baru FC, Sungai Ara FC, T Birds, OSR FC, Synergy FC, Za Teluk Bahang FC, Kelab Sukan Teluk Bahang, Penang Chinese Sports Club, MPPP, Eagle Club, Pen-Mutiara, Batu Maung dan Sungai Batu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus