19 March 2015

Isu Line Clear: Abdul Latif akui terima lesen sah MPPP, tapi...

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow (kanan sekali) menyerahkan lesen penjaja bagi tahun 2015 kepada Abdul Latif Ali Thulkarunai (depan, tiga dari kiri), sambil disaksikan oleh Ketua Menteri (depan, tiga dari kiri), Yang di-Pertua MPPP Patahiyah Ismail (dua dari kiri) dan Setiausaha MPPP Ir. Ang Aing Thye (kiri sekali) serta 'anggota waris keluarga' Line Clear lain di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN Penama, Abdul Latif Ali Thulkarunai mengaku menerima lesen niaga bagi tahun 2015 daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini, namun masih tidak diberi laluan untuk menguruskan Warung Nasi Kandar Line Clear oleh pengendali terdahulu.

“Lesen bagi tahun 2015 memang telah dapat daripada MPPP, tetapi, mereka yang berniaga di situ masih enggan lepaskan Line Clear hingga sekarang...sehinggalah ada (ketetapan daripada) mahkamah,” jelas Abdul Latif semasa dihubungi wartawan.

Beliau turut merakamkan perhargaan kepada Editorial akhbar Buletin Mutiarta edisi bahasa Melayu kerana memperbetul info yang telahpun dicetak dalam keluaran lalu.

Terdahulu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan mencampuri perbalahan keluarga berwajib dalam menuntut hak menguruskan warung nasi kandar Line Clear, yang kini dirujuk ke mahkamah.


Bagaimanapun, katanya, MPPP masih mengeluarkan Lesen Gerai Atas Tanah Persendirian 2015 atas nama Abdul Latif kerana gerai makan tersebut merupakan salah satu identiti pelancongan bagi negeri ini.

Katanya lagi, langkah MPPP menyerbu serta mengosongkan Line Clear sekitar jam 4.00 pagi hari kejadian baru-baru inipun sebenarnyta susulan mendapat laporan bahawa pengendali sedia ada berniaga tanpa lesen berwajib bagi tahun 2015.

Tetapi, menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri sama sekali tidak mempunyai niat untuk menutup terus warung popular yang beroperasi 24 jam tersebut, seperti yang digambarkan oleh pihak pembangkang Pulau Pinang.

Lagipun, katanya, Pengarah bahagian perlesenan MPPP, Azman Sirun menjelaskan bahawa langkah penguatkuasaan itu antara lain demi memastikan kebersihan warung Nasi Kandar Line Clear kembali dipelihara.

Thulkarnai S. Naina Mohamed, N. Aisha Kalandar Mustan dan Rahimathollah Naina Mohamed pada 28 tahun lalu menandatangani perjanjian dalam menguruskan perniagaan warung nasi kandar Line Clear di sini secara bergilir-gilir setiap tahun, sehinggalah pengendali tanpa lesen sah MPPP, iaitu Abdul Hamid Seeni Pakir merujuk perbalahan berkeluarga sesama mereka ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus