06 March 2012

RMK-10: Mengapa pusat diskriminasi rakyat P.Pinang, tanya @cmlimguaneng

PENTADBiRAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya tidak terus meminggirkan serta mendiskriminasi rakyat Pulau Pinang dari segi agihan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I wajar menambah peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari RM2.88 bilion kepada lebih RM7.2 bilion.

"Memandangkan bahawa RMK-10 telah ditambah sebanyak 10 peratus berbanding RMK-9, maka jumlah peruntukan untuk Pulau Pinang juga harus ditambah 10 peratus daripada RM6.54 bilion di bawah RMK-9 kepada RM7.2 bilion di bawah RMK-10.

"Kegagalan Kerajaan Persekutuan berbuat demikian akan dilihat sebagai tindakan terus meminggirkan rakyat Pulau Pinang atau diskrimanasi terhadap negeri Pulau Pinang," ujar beliau pada sidang media di Kuala Lumpur.

Tambah beliau, agihan Peruntukan Kerajaan Persekutuan ke Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepatutnya lebih setimpal dan adil sungguhpun negeri berkenaan ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hakikatnya dipilih oleh rakyat secara demokratik pada pilihan raya umum lepas.

Justeru katanya, pentadbiran Najib seharusnya sedar bahawa Pulau Pinang turut menyumbang kepada kepada pusat melalui pembayaran cukai dan duit.

Nota Kecil difahamkan, kutipan cukai untuk tahun 2011 direkodkan paling tinggi dalam sejarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) iaitu sebanyak RM30.397 bilion.

Itu, belum dihitung oleh rekod Pulau Pinang sebagai jaguh pelaburan di negara ini selama dua tahun berturut-turut sejak dua tahun lepas.

Pelaburan asing langsung (FDI) Pulau Pinang pada tahun 2010 adalah tertinggi, iaitu sebanyak RM12.24 bilion dan RM9.1 bilion untuk tahun 2011.

Rekod FDI 2010 tersebut sekaligus memperlihatkan Pulau Pinang menyumbang 36 peratus kepada keseluruhan FDI negara sungguhpun rakyat di negeri berkenaan hanya 6 peratus daripada populasi rakyat negara.

Jawapan bertulis Najib pada sidang Dewan Rakyat lepas mendedahkan kerajaan pusat hanya memperuntukan RM2.88 bilion bagi melaksanakan 259 program/projek di bawah RMK-10 di Pulau Pinang.

Peruntukan itu adalah bersifat 'rolling plan' pertama RMK-10.

Dari peruntukan itu, RM873.43 juta bagi melaksanakan 50 projek pembinaan jalan dan jambatan demi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Persekutuan telah memperuntukkan RM234.96 juta bagi melaksanakan 30 projek untuk mengatasi masalah banjir kilat dalam tempoh RMK-9 hingga rolling plan pertama RMK-10.

Bagi Guan Eng, amalan diskriminasi pusat ke atas rakyat Pulau Pinang kemungkinan akan memberi kesan berantai terhadap pentadbiran Najib sendiri kelak.

"Pendekatan diskriminasi yang tidak matang ini akan makan tuan...bak kata pepatah Melayu, 'marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar'," nasihat Guan Eng kepada Najib. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus