06 March 2012

Bila Najib nak MOHON MAAF daripada keluarga Altantuya?

Bila agaknya PM Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memohon maaf daripada keluarga mendiang Altantuyaa Sharibuu ekoran dikaitkan dengan insiden bunuh gadis Mongolia itu menggunakan C4 lebih beberapa tahun lepas?

Itulah telahan saya dan rakan-rakan Jingga 13 Pulau Pinang beberapa hari lepas sebagai reaksi pada tindakan Najib mohon maaf daripada rakyat atas ketelanjuran pemimpin Umno BN melakukan rasuah, penyelewengan kuasa serta kezaliman.

Kenapa permohonan maaf Najib dijenakakan?

Dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selalu minta maaf apabila pentadbirannya dilihat tidak demokratik, tetapi menteri besar itu tidak pula dijenakan oleh rakyat.

Ada betulnya juga Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, "tak cukup minta maaf".

Mungkin Najib wajar menerima cadangan Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan semuan Tun, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika tidak, Najib akan terus dijenakakan - "Bila Najib nak minta maaf dari keluarga Altantuya?"

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus