24 June 2014

Bijak urus tazkirah Ramadan P.Pinang, nasihat Exco Agama

ABDUL MALIK Abul Kaassim (tengah) bersama-sama SS Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (berkopiah putih) pada sidang media di Komtar, semalam. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pentadbiran masjid dan surau perlu bijak dalam mengurus program tazkirah sepanjang Ramadan memandangkan Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang program pengimarahan sepanjang bulan ibadah ini, nasihat Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

"Pihak masjid perlu bijak menyusun tazkirah berkenaan, jangan sampai ia mengganggu kelancaran solat terawih dan keselesaan para jemaah," respons Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, semalam.

Beliau berkata demikian, selepas majlis perasmian Penang Suoq Ramadan 2014, yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Menurut Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung, pihaknya turut menggalakkan solat taraweh 20 rakaat, walaupun sesetengah tempat memilih untuk mengadakah ibadah sunat tersebut dalam 8 rakaat sahaja, diikuti tiga rakaat solat sunat witir.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memperkenalkan Mufti Kerajaan Negeri yang baru, Sahibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Nor, menggantikan Datuk Seri Hassan Ahmad berkuatkuasa 7 Jun lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus