24 June 2014

Isteri Guan Eng nasihat jangan pinggir kanak-kanak, ibu bapa tunggal

KANAK-KANAK diraikan melalui ekspresi sokongan masing-masing sempena musim Piala Dunia 2014 Brazil di sini, semalam. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH - Pertubuhan Wanita Mutiara (PWM) meraikan kira-kira 100 kanak-kanak serta 50 ibu bapa tunggal dari enam rumah kebajikan terpilih melalui satu majlis Jamuan Teh Hari Keluarga di sini, semalam.

Pengerusinya, Betty Chew Gek Cheng semasa merasmikan majlis buat julung-julung kalinya menyeru semua pihak berwajib supaya tidak mengabaikan hak golongan terpilih berkenaan.

"Semoga penganjuran ini memberi sedikit sinar bahawa mereka yang terpilih ini tidak pernah dipinggirkan," ujar Betty Chew yang juga isteri kepada Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.

BETTY Chew Gek Cheng (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang suatu acara menarik pada majlis Jamuan Teh Hari Keluarga di sini, semalam. 

Menurut Betty Chew, tanggungjawab serta pengorbanan golongan terpilih ini dalam memperjuangkan kehidupan masing-masing sebenarnya tidak ternilai, hatta tidak boleh dibeli oleh wang ringgit.

Difahamkan, semua golongan terpilih yang diraikan itu dari enam rumah kebajikan, iaitu House of Hope, Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang, Rumah Seri Cahaya, Women's Centre for Change (WCC), Pusat Perkhidmatan Wanita dan Spastic Children's Association of Penang (Spastic).

PWM merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disertai oleh isteri-isteri ADUN Pulau Pinang serta aktivis, yang giat membela kebajikan anak-anak yatim serta ibu bapa tunggal di rumah-rumah kebajikan terpilih di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus