2. Pulau Seychelles
Pulau Seychelles |
Terdahulu, telah disebut bahawa Pulau Maldives mengisi tempat pertama 10 pulau paling indah di dunia.
Pulau Seychelles merupakan antara 115 kepulauan di Lautan Hindi.
Pulau ini cukup indah tropikanya, tak kurang hebatnya berbanding Pulau Maldives.
Menyelam, snorkeling, belayar dan memancing antara kegemaran pelancong yang berkunjung ke pulau indah ini.
Bagi yang mahu menggenggam impian dengan usaha serta doa berterusan kepada Ilahi untuk ke Pulau Seychelles, elok rancang perjalanan sebaik mungkin.
Ini kerana, pulau ini kaya dengan beberapa perayaan tradisi yang cukup hebat dan meriah.
Pada bulan Januari saban tahun umpamanya, Piala Pelayaran Seychelles dianjurkan.
Penganjuran Kejohanan Joran & Memancing Antarabangsa pula dijadualkan pada bulan November saban tahun.
Bagi mereka yang menikmati snorkeling, elok menyertai "SUBIOS Underwater Festival", iaitu pesta pameran dunia bawah laut Seychelles yang cukup luar biasa.
Pertandingan ada, tayangan filem ada, ceramah ada. Pendek kata, macam-macam ada kalau berkunjung pada bulan November.
Dengan erti kata lain, bagi pasangan bercinta atau yang bakal ke jinjang pelamin, elok menjadikan Pulau Seychelles sebagai salah satu destinasi percutian terhabt masing-masing.
Berbaloi!
SiTi HAJAR HASSAN
0182349882
Shaklee Independent Distributer (SID) - 1090868
ZAiNULFAQAR YAACOB
0194241583
BERSAMBUNG ESOK PADA DETIK 9.11 PAGI Di BLOG INI
No comments:
Post a Comment