24 June 2014

Adakah Najib Razak mahu Umno jadi kumpulan pelampau di Malaysia, bak ISIL?

NAJIB Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno mencontohi Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) demi mempertahankan servival parti di tanah air ini, walhal ISIL nyata adalah kumpulan pelampau yang sanggup mengempur kawasan awam hatta mengorbankan jiwa di Iraq.

Najib, Presiden Umno meluahkan hasrat aneh itu semalam pada majlis ulangtahun ke-20 parti peringkat Bahagian Cheras, lapor portal MalayMailOnline.

"Sebagai contoh, apabila seseorang berani untuk berjuang untuk kematian mereka, mereka dapat mengalahkan pasukan yang lebih besar.

"Sebagai bukti - sama ada kita bersetuju atau tidak adalah perkara yang lain - kumpulan ISIL dengan kekuatan hanya 1,300 orang, boleh mengalahkan tentera Iraq 30,000 askar, sehingga empat, lima jeneral dengan (pangkat) tiga, empat bintang (paku) lari menyelematkan nyawa mereka, melompat keluar tingkap pada waktu malam. Mengapa? Sebab, mereka takut dari orang-orang yang berani," katanya kepada lebih 1,000 anggota parti asabiah tersebut.

SUKARELAWAN Syiah  menyertai tentera Iraq untuk memerangi militan yang kebanyakannya bermazhab Sunni dari kumpulan pelampau Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL), dirakamkan mengambil bahagian dalam latihan ala askariah di Najaf pada 23 Jun, 2014 - Reuters pic

Pelbagai persoalan timbul di sini, antaranya, adakah Najib menyokong keganasan Al-Qaedah, memandangkan ISIL disebut-sebut serpihan pada kumpulan pelampau agama antarabangsa "dulu, kini dan selama-lamanya"?

Dalam perkembangan berkaitan, PAS Pulau Pinang bertanya, Pertahan 6 Kekuatan Umno atau tutup lemah Najib?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus