24 June 2014

Kalimah Allah: Bila nak haram ‘bahasa Kristian’? – Wan Saiful IDEAS



Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketetapan Mahkamah Persekutuan tolak isu rayuan kalimah Allah menerima meinggalkan reaksi ahli profesional di Facebook hari ini.

Salah seorangnya, Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan (kiri) pagi ini turut dikesan memberi respons secara tidak langsung pada isu malar segar tersebut.

“Selepas ini, apa kata haramkan Bahasa Inggeris, kan bahasa Kristian tu?” tanya dia, seolah-olah menyindir kaedah isu Kalimah Allah diuruskan di tanah air ini.

Pagi semalam, rayuan Ketua Bishop Gereja Roman Katolik mengenai rayuan penggunakan kalimah Allah didengar oleh panel yang diketuai sendiri Ketua Hakim NegaraTun Arifin Zakaria di Putrajaya.

Dalam kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dekat Putrajaya, ia tidak didengar secara automatik tetapi kebenaran terpaksa diperolehi terlebih dahulu.

Selain Hakim Arifin, hakim-hakim terkemuka di negara ini akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus