24 June 2014

Kenapa 'ADUN Umno P.Pinang' dapat projek UiTM Pasir Gudang, tanya Afif Bahardin

RAFIZI Ramli (kiri) dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (kanan) pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini. | Foto: Keadilandaily

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen kononnya kos sebenar pembinaan UiTM Pasir Gudang antara RM280 hingga RM315 juta turut dipertikan oleh ADUN PKR bagi Kawasan Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

AFIF Bahardin
"Namun, satu projek yang jika ditanggung kerajaan UiTM terikat dengan sewa sekitar RM56 sehingga RM69 juta selama 23 tahun. 

"Secara tidak langsung kosnya adalah sekitar 4 kali ganda lebih besar dan dikhuatiri membebankan UiTM," ujar Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, semalam.

Justeru, beliau mendesak Putrajaya supaya mengemukakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) berhubung skandal terbaru berkenaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Pandan, Rafizi Ramli mula-mula mendedahkan mengenai pembabitan ADUN Umno dari Pulau Pinang.

Menurut Rafizi Ramli, ADUN Bertam Shariful Azhar Othman didedah memegang sejuta saham dalam Cosmic Dimention Sdn. Bhd., iaitu menyamai  20 peratus saham pegangan projek konsesi kontroversi tersebut.


Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus