24 June 2014

Cucu lali gurau P.Ramlee di 'paras kaki' Sharnaaz

Dalam filem Ali Bapa Bujang Lapok, P.Ramlee membawa masej yang jelas bahawa 40 penyamun di bawahnya terdiri oleh Hakim, Ahli Politik, Penjajah Jepun, Ahli Korporat, Doktor, Kontraktor dll, sebagai menyindir pemimpin Umno BN pada zaman filem tersebut dihasilkan dan masih relevan sampai sekarang.

PETALING JAYA - Selepas menyifatkan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee di 'paras kaki' menerusi laman sosial Facebook, artis kontroversi Sharnaaz Ahmad boleh berkata itu gurauan saja.

“Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami.

“Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja,” kata Sharnaaz, dipetik dari satu media arus perdana.

Ini, respons cucu P. Ramlee, Najua Nasir, 28.

NAJUA (kiri) dan Sharnaaz (kanan).
“Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai tentang Allahyarham.

“Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya.

Hebat sungguh P.Ramlee kerana tajam mengkritik kebobrokan pemimpin Umno pada zamannya, sampai sekarang beliau dikenang dan diperlekeh oleh pihak yang tidak seagung seniman berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus