16 June 2018

Kenapa Kerajaan terus terbitkan bon walaupun reserve BNM bertambah?


INI gambar semalam, beraya Aidilfitri di Baling Kedah, iaitu rumah mak mentua isteri no. 2 saya. Sementara, #InsyirahSolehah sahaja yang tak ada dalam gambar ini. InsyaAllah esok pulang ke Muar, iaitu kampung isteri no. 1 Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan untuk menjemput pulang anak dara saya. 


RiZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$103 bilion pada 15 Jan, 2018, meningkat daripada US$102.4 bilion yang dicatatkan pada 29 Dis, 2017.

Dalam kenyataan pada 23 Januari 2018 lalu, bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (US$96.3 bilion), kedudukan Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$3.2 bilion).

Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM416.767 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.367 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM8.065 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.558 bilion), tanah dan bangunan (RM4.179 bilion), dan aset-aset lain (RM10.472 bilion), menurut BNM.

Riserve BNM banyak, kenapa tidak digunakan sahaja reserve itu untuk biaya projek pembangunan negara? 
Kenapa Reserve BNM bertambah tapi Kerajaan Persekutuan melalui Treasury masih menerbitkan bon? 
Jawapannya, lebih kurang begini.

Apabila Treasury terbitkan bon kerajaan, lazimnya dibeli oleh bank komersial sendiri. 

Contoh BSN, katakanlah dia ada reverse RM50 bilion.
 
Katakanlah Nisbah Keperluan Rizab (Reserve Requirement Ratio, RRR) diturunkan daripada 10% kepada 5%, maka tidak dapat tidak RM2.5 bilion.

Katakanlah fasa III projek Transit Aliran Massa (MRT I) bernilai RM50 bilion yang dibatalkan, disambung semula. 

Dana Infra, iaitu syarikat 100% milik Menteri Kewangan diperbadankan (MoF Inc.) menerbitkan bon korporat dengan jaminan Kerajaan Persekutuan. 

Katakan lah BSN berhasrat membeli bon korporat itu, kerana ia adalah pelaburan paling ‘selamat’, tetapi masih tidak cukup RM10 bilion lagi rizab termasuk mengekalkan RRR dalam bank komersial tersebut. 

Bolehkah bank komersial itu meneruskan hasrat terlibat dalam pelaburan paling ‘selamat’ itu?

Jawapannya boleh. Kerana, BSN boleh meminjam daripada mana-mana bank komersial yang lain di Kadar Antara Bank Kuala Lumpur Ditawarkan (Kuala Lumpur Interbank Offered Rate, KLIBOR).

KLIBOR ini semacam akaun-akaun sesama bank-bank komersial.

Lazimnya di KLIBOR ini akan ada bank-bank komersial yang mempunyai lebihan reserve, akan meminjamkan kepada bank lain yang tidak mempunyai cukup reserve.

Kalau Maybank ada lebihan reserve, lazim bank komersial itu akan buat hantaran yang diperlukan oleh BSN. 

Maybank tidak akan membiarkan dirinya dalam situasi lebihan reserve, kerana bank komersial itu juga berhasrat mengelak daripada risiko membayar lebih faedah (interest) kepada pada pendeposit, iaitu pemegang-pemegang akaun simpanan di bank itu. 

Andaikan semua bank komersial di KLIBOR termasuk Maybank masing-masing tidak mempunyai cukup reserve, bolehkah BSN meneruskan hasrat membeli bon jaminan korporat itu?

Jawapannya boleh. Pada tahap ini, baru lah BSN yang mempunyai akaun di BNM boleh meminjam secara langsung daripada Bank Pusat tersebut.

Bank Pusat sendiri akan membuat hantaran reserve ke akaun BSN supaya dalam bank komersial tersebut ada reserve minimal. 

Pada tahap ini, barulah dimaksudkan sebagai Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR). Kenapa?

Kalau BNM tidak berbuat sedemikian, sistem operasi BSN mungkin akan lumpuh kerana setiap saat di bank komersial itu membabitkan begitu banyak aktiviti hantaran, terimaan, pinjaman, tunaian cek dll yang membabitkan reserve.

Lazimnya kadar interest yang ditetapkan oleh Bank Negara kepada BSN adalah lebih tinggi berbanding kadar interest yang ditetapkan melalui KLIBOR. Ini, semacam ‘penalti’ juga. 

Langkah sebegitu dibuat kerana BNM memang ada sasar kadar faedah (interest rate Targeting), supaya nilai semasa riserve mesti tidak boleh sampai lantai sifar. 

Ada dua cara BNM melaksanakan interest rate targeting

Dahulu, Bank Pusat itu sendiri secara langsung membayar kadar interest sahaja, supaya wujud permintaan dan penawaran dalam pasaran bon jaminan kerajaan”.

Sekarang, Treasury sendiri senantiasa menerbitkan bon jaminan kerajaan, supaya BNM terus mencapai interest rate targeting.

Sebab itu lah, walaupun BNM mempunyai reserve begitu banyak pun, Treasury akan tetap menerbitkan bon jaminan kerajaan.

Tujuannya masih sama, supaya wujud tawaran dan permintaan dalam pasaran bon-bon jaminan kerajaan ini, yang akhirnya kadar faedah tidak jatuh pada lantai sifar. 

Daripada aspek lain juga, di sini lah kita dapat melihat bahawa kadar faedah sebenarnya ditentukan oleh Kerajaan sendiri melalui BNM, bukan firma penentu kadar kredit bebas tempatan seperti RAM Holdings Group atau mana-mana International Rating Agency lain seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

Penetapan kadar faedah oleh BNM ini samalah maksudnya Treasury melalui BNM mempunyai kuasa dalam menentukan dasar-dasar monitari negara.

Kata Kerajaan Persekutuan yang menentukan dasar kewangan, selain dasar fiskal. 

Tapi, kenapa Kerajaan Persekutuan takut sangat untuk berbelanja lebih atau berbelanja defisit untuk projek pembangunan nasional, dengan bon kerajaan atau bon korporat yang dijamin oleh kerajaan sendiri, supaya dibeli oleh depositors guaranteed seperti BSN, KWSP, KWAP, LTH ataupun Kumpulan Simpanan Wang Guru-Guru.

Memang Fed Govt melalui BNM sendiri yang menetapkan kadar faedah supaya semua depositors guaranteed terbabit mendapat pulangan faedah atas pelaburan paling selamat, iaitu membeli bon-bon berwajib kerajaan.

Kalau difahami birokrasi kewangan sampai ke tahap ini, andai benarlah faedah atas hutang negara sejumlah lebih RM50 bilion (seperti ditemberang oleh Editor Astro Awani), kenapa pula Kerajaan Persekutuan nak berasa rugi.

Tindakah Kerajaan Persekutuan melalui BNM yang menentukan kadar faedah aka Interest Rate Targeting (IRT)?

Tidakkah salah satu tujuan pelaksanaan IRT ini akhirnya supaya semua depositors guaranteed mendapat pulangan untung atas faedah pelaburan merela dengan membeli bon kerajaan atau bon korporat yang dijamin oleh kerajaan?

Patut kalau faedah atas hutang RM50 bilion itu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, ia dilihat sebagai sesuatu yang menguntung negara kerana akan pergi ke tabungan awam pendeposit yang dijamin oleh Kerajaan sendiri iaitu BSN, KWSP dll.

Birokrasi hutang negara sebenarnya tidak sama dengan birokrasi hutang Zainulfaqar Yaacob dengan Maybank.

Kena faham ini dahulu, barulah kita akan dapat melihat kedudukan sebenar apa yang pentadbrian Tun Dr Mahathir Mohamad cuba sembunyikan daripada kita, di sebalik dakyah “kita nak pinjam Yen Jepun sebab hutang negara melebihi RM1.3 trilion.

Bayangkan. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus