13 June 2018

Temberang Editor Ekonomi Astro Awani Sebab Nak Back Up Dr. Mahathir?



Elok dengar dulu ulasan Editor Ekonomi Astro Awani ini, walaupun niat beliau murni iaitu sekadar nak back up Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat pinjam duit dalam mata wang asing Yen dari Jepun. Klik di sini.

Di Facebook tadi, ada saya ulas isu berbangkit ini, seperti di bawah: 

TEMBERANG EDITOR EKONOMI ASTRO AWANI

Hampir 98 peratus hutang negara adalah dalam Ringgit Malaysia, cuma 2% sahaja dalam mata wang asing.

Hutang dalam RM ini adalah daripada depositors guaranteed seperti KWSP, KWAP, BSN, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Simpanan Wang Guru-Guru.

Semua depositors guaranteed ini beli bon yang diterbitkan oleh Treasury atau syarikat korporat milik MoF Inc. kerana itu langkah pelaburan paling selamat.

Kalau Fed Govt melangsaikan hutangnya secara mendadak kepada KWSP umpamanya, ia akan menjejaskan sektor awam, sektor swasta dan sektor kewangan sendiri. Ini, kena baca bab Sectoral Balances.

Kalau faham Sectoral Balances, hutang Fed Govt itu adalah sama dengan net financial savings.

Tak akan terjadi keadaan net financial savings bertambah, melainkan Fed Govt kena berbelanja lebih atau terus berhutang pelaburan daripada depositors guaranteed.

Lain lah, Dr Mahathir memang nak ekonomi meleset, Fed Govt cut spending, dan net financial savings tak bertambah, krisis kewangan akan terjadi, sebelum ke tahap ekonomi rakyat dan negara kian meleset.

Bagi Bon, Treasury hanya bayar interest sahaja dalam satu tempoh matang, barulah bayar hutang kepada KWSP umpamanya. 

Itupun, selagi bon kerajaan diterbitkan, KWSP lebih didorong beli sebab hutang kepada Fed Govt itu pada masa yang sama adalah pelaburan paling selamat bagi KWSP.

Kalau faham birokrasi pembayaran balik hutang bon, kita akan faham ia sama sekali berbeza dengan birokrasi bayar balik hutang kad kredit (Principal + Interest) yang Editor Ekonomi Astro Awani temberang.

Daripada aspek lain, seperti disebut oleh Editor Ekonomi Astro Awani yang nak back up sangat Tun Dr Mahathir Mohamad, suka saya nak tanya, “RM50 bilion faedah itu Fed Govt bayar kepada siapa?”

Jawapannya kepada depositors guaranteed aka pelabur. Takkan bayar kepada KWSP dianggap merugikan negara? 

Jawapannya, tentu tidak! 

Kedua, kadar faedah yang tinggi dalam pembayaran hutang kepada depositors guaranteed itu siapa yang tetapkan? Bekas Perdana Menteri Malaysian Datuk Seri Najib Razak? Ji Xinping? Jho Low? Jepun? Haha 

Jawapannya, Malaysia Fed Govt sendiri yang mempunyai kuasa dalam menentukan dasar kewangan, selain dasar fiskal. 

Maksudnya, kadar faedah tinggi sebab Fed Govt memang nak pastikan bayaran faedah daripada pembelian bon ini bawa lebih pulanga hasil keuntungan kepada pelabur, iaitu KWSP umpamanya.

Selain itu, andaikan Fed Govt membayar 98 peratus hutang persekutuan dalam RM kepada semua depositors guaranteed sekalipun, Treasury tetap akan terbit bon, kerana BNM ada interest rate targeting supaya kadar faedah tidak jatuh pada lantai sifar.

Di samping itu, saya sendiri hingga sekarang masih bertanya, “apa tujuan Dr Mahathir terbang ke Jepun?”
Kalau Perdana Menteri Ke-7 itu bertemu Perdana Menteri Jepun sebab nak minta negara mata hari terbit itu datang melabur di Malaysia, ertinya naik lah FDI negara. 

Dr Mahathir tak langsung tak sebut apa program ekonomi yang dia nak buat untuk rakyat Malaysia. Program Sara Hidup sebagai ganti BR1M itu umpamanya hanya dasar fiskal biasa, bukan program ekonomi nasional.

Kalau pinjaman dalam mata wang Yen Jepun ini untuk bayar hutang negara yang 98% dalam RM, seperti ditemberang oleh Editor Ekonomi Astro Awani, memang nampak Dr Mahathir semacam nak digambarkan naif. Beliau, PM berpengalaman 22 tahun!

Pinjaman Yen Jepun untuk bayar hutang, tak jauh bezanya dengan “teruk pinjam ceti sebab nak bayar kalah judi Forex.” Ini contoh mudah. 

Kalau Dr Mahathir nak pinjam duit dalam Yen Jepun untuk bayar hutang negara Malaysia, ia jelas bukan pinjaman pelaburan yang menguntungkan rakyat dan negara!

Bab pinjaman negara dalam mata wang asing Yen Jepun, telah saya sebut semalam (lihat garis masa Facebook saya). 
Pinjaman dalam Yen lebih berisiko berbanding pinjaman dalam mata wang RM. 

Bayangkan.

TERIMA KASIH SEBAB BACA SAMPAI HABIS, LALU SHARE ENTRI BLOG INI. SEKIAN!

No comments:

Post a Comment