15 August 2018

Ringgit Malaysia adalah Money As A Social Contract, Yang Dihasilkan Oleh Product Of Law




JANGAN pula kata Bank Negara Malaysia tak pernah terbitkan Commemorative Currency.

Kalau Pakatan Harapan takut sangat dengan angka hutang kerajaan mencecah kira-kira RM700 bilion (kononnya mencecah RM1 trilion jika merangkumkan sekali Liabiliti Luar Jangka), boleh sahaja Tresuary menerbitkan “duit khas” berupa Commemorative Currency ini.

Begini, Tresuary menerbit tujuh keping duit siling (coins) daripada real material titanium, dengan nilai setiap satu RM100 bilion atau nilai keseluruhan RM700 bilion.

Kalau Tresuary nak menerbitkan Commemorative Coin sebegitu, pihaknya ada obligasi (kewajipan dan kemestian untuk dilaksanakan), manakala bank juga wajib melaksanakan apa yang dihasratkan Tresuary.

Apabila Tresuary membuat hantaran tujuh keping Commemorative Coin dengan nilai RM700 bilion, maka bank wajib mencipta reserve dan membuat hantaran kembali RM700 bilion kredit ke dalam akaun Tresuary.

Andaikan Tresuary mahu melangsaikan sebahagian hutang kerajaan (kononnya) mencecah lebih RM1 trilion, secara atas kertas, angkanya akan berkurang RM700 bilion, menjadi kembali serendah kira-kira RM300 trilion sahaja.

Manakala di Bank Negara Malaysia pula, rizabnya meningkat secara mendadak sejumlah RM700 bilion, dan pada masa yang sama jumlah asetnya (dalam bentuk tujuh keping duit siling titanium Commemorative Currency) tadi juga turut meningkat sejumlah RM700 bilion juga. 

Ertinya dalam akaun kunci kira-kira (Balance Sheet) Bank Negara Malaysia sendiri besar dan meningkat secara mendadak sahaja. 

Apa yang nak disebut di sini, hutang kerajaan 97.7 peratus dalam dedominasi mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia (RM) tak akan bankrapkan negara.

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan dasar ekonomi ikat perut (#AusterityPolicy) dengan menyekat discretionary spending (perbelanjaan wajar berdasarkan polisi fiskal kerajaan, seperti RM55 bilion bina ECRL), secara maksud mudahnya, memang pentadbrian Perdana Menteri itu mahu projek persekutuan itu berpindah tangan kepada kroni kapitalis neoliberal swasta.

Kalau Dr Mahathir menyekat perbelanjaan di bawah maksud automatic spending (perbelanjaan wajib kerajaan seperti gaji pegawai-pegawai lantikan politik kepada Menteri/Timbalan Menteri), secara maksud mudahnya, dia memang nak kawal perintah struktur politik parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan ketika ini.

Telah saya sebut beberapa kali sebelum ini, bahawa sistem duit di negara ini adalah sistem wang fiat, bukan lagi diikat pada jumlah rizab emas dalam bank negara (Money Backed By Gold Standard).

Apabila RM ini adalah sistem wang fiat, ertinya ia bukan lagi ciptaan Allah yang Maha Berkuasa, semacam Tuhan menciptakan emas dalam kuantiti tertentu sahaja di bumi ini, tidak menambah dan berkurang.

Apabila RM ini adalah sistem wang fiat, ertinya ia adalah ciptaan tangan manusia, berdasarkan kontrak sosial di Malaysia serta diingat pada undang-undang di negara ini.

Fahamnya, kalau Tresuary nak terbit tujuh keping duit siling titanium dengan nilai keseluruhan RM700 bilion, secara obligasi, wajib Bank Negara Malaysia mengiktiraf Commemorative Currency itu, kerana Ringgit Malaysia adalah product by law di negara ini, dan tidak perlu pun pengiktirafan dunia termasuk IMF ataupun World Bank.

Benda semacam ini, jangan ditanya kepada mereka yang acah-acah ilmiah seperti golongan liberal; ataupun yang acah-acah Leftist tapi abstrak.

Kedua-dua golongan ini memang tidak faham realiti Ringgit Malaysia adalah berdasarkan sistem wang fiat, nilainya wujud kerana ada sosial kontrak dan diikat dengan undang-undang di Malaysia.

Yang faham benda ini, adalah ekonomis marxian-leninsm, Keynesian dan satu lagi “puak kroni jahat tapi bijak” iaitu neoliberal.

Berbalik kepada isu nak buat atau tidak Commemorative Coin bernilai RM700 bilion, bergantung pada hasrat kerajaan sendiri.

Kalau Kerajaan Pusat, berasa “menanah dalam mata” melihat angka hutang kerajaan (yang kononnya) mencecah lebih RM1 trilion, elok buat Commemorative Coin bernilai RM700 bilion itu.

Kalau seperti saya, berasa bahawa selagi hutang kerajaan yang 97.7 peratus dalam dedominasi itu sama sekali tidak akan membankrapkan negara, biarkan sahaja kerana ia hanya kekal sebagai rekod secara atas kertas sahaja.

Kerajaan patut digalakkan berbelanja lebih (defisit spending), dengan melaksanakan lebih banyak lagi projek pembangunan fiskal yang mewujudkan impak produktif (contoh: bina ECRL lebih produktif berbanding projek import kereta dari Jepun tapi dijenamakan semula sebagai “ProTun 3” sebab nak dapatkan pinjaman “mudah tapi bahaya” dalam mata wang asing Yen).

Patut Kerajaan Malaysia mengambil pedoman daripada nilai mata wang tempatan iaitu Lira di Turki yang jatuh secara mendadak. Ini, padahnya apabila terlalu banyak sangat hutang korporat dalam mata wang asing.

Bayangkan. 

__________________
P/S: Terjaga, dan mata nak mula mengantuk balik. Lambat betul ayam nak nyah beku. Kita tengah ada motivasi masak sarapan “ayam goreng kunyit” untuk pagi ini.




No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus